Asyik Aku Aje Kena Buat

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Dialog yang sering kita dengar...

"Asyik-asyik aku je yang kena buatkan. Bukan ke ada orang lain yang boleh tolong buatkan."

"Kenapalah mak selalu minta tolong dengan saya, sedangkan anak mak yang lain ramai lagi."

"Malaslah aku nak tolong buangkan sampah, asyik-asyik aku je...biar je aku nak suruh orang lain buatkan pulak."

"Awak ni tak sudah-sudah nak bantu adik awak tu, biarlah dia belajar uruskan sendiri pulak."

"Ayah ni, asyik saya je kena tolong ayah, suruhlah adik pulak."

Ini biasa kita dengarkan. Dialog yang sering diluahkan dan kedengaran. Namun adakah kita pernah berfikir kenapa orang pilih kita dalam ramai-ramai orang yang lain.

Orang pilih kita kerana kita senang didekati, kita senang dibawa bicara, kita senang membuat kerja tanpa banyak soal dan kita tidak pernah berkata tidak. Sebenarnya kita ini istimewa. Ya istimewa kerana kita memudahkan urusan orang lain.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Rasulullah ﷺ bersabda: "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu kesusahan saudaranya maka Allah akan membantu kesusahannya. Siapa yang menghilangkan satu kesulitan seorang muslim, maka Allah menghilangkan satu kesulitan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat". [HR Sahih Bukhari, no. 2442]

Allah telah memilih kita dalam ramai-ramai hamba-Nya untuk memudahkan urusan dan kesulitan orang lain. Janganlah mengeluh dan janganlah membanding beza dengan orang lain. Kita tidak tahu mungkin dengan pertolongan yang kita hulurkan, Allah telah memudahkan urusan kita secara tidak sedar dan dari sudut yang tak terfikir oleh kita. Percayalah dengan memudahkan urusan orang, kita akan berasa bahagia. Sesungguhnya Islam ini indah. Sesungguhnya Islam ini mudah. Dan sesungguhnya Islam ini sempurna. Wallahua'lam.

kredit: #admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Kesimpulannya, bersangka baik dalam setiap urusan... Begitu juga bila terima tugasan baru... standby untuk tugasa tahun depan... Terima dengan redha... dan yakin boleh dengan diri sendiri...
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. dlm certain2 situasi, mmg bleh terima bila orang pilih kita atas sbb kita senang didekati, senang dibawa bicara dan senang membuat kerja tanpa banyak soal tp bila asyik2 kita jer kene buat sbb org tu mengelak dari nak buat keje yg sepatutnya dia dibayar gaji utk buat (tp byk mengular sbb nak uruskan keje peribadi), mmg hangin la jugak... x bleh nak redha rasanya...hehehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !