GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ada 7 Tanda Rabun Ini, Maknanya Korang Dah Kena Pakai Cermin Mata

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada 7 Tanda Rabun Ini, Maknanya Korang Dah Kena Pakai Cermin Mata | Mata adalah aset dan harta tak ternilai anugerah Allah kepada kita. Tanpa penglihatan, dunia memang rasa kelam... Bagi yang memang tersedia dilahirkan tanpa anugerah ini, mungkin satu kelebihan... Tapi bagi yang celik tetiba jadi gelap... rasa itu satu ujian...

Salah satu ujian mata ialah rabun... Rabun tak sampai tahap buta, tapi ianya cukup membuatkan penglihatan tu terhad...

Bagi yang celik, tetiba rasa macam pelik aje.. ada 5 tanda yang menandakan korang dah mula kena pakai cermin mata dah...

sumber: google images

7 Tanda Rabun

1. Susah melihat sesuatu benda baik dengan satu mata atau kedua mata

Tak dapat tengok sesuatu benda tu dengan jelas.

2. Kecilkan mata

Harus mengecilkan mata untuk melihat benda-benda pada jarak wajar yang seharusnya dapat dilihat dengan mata normal

3. Pandangan kabur atau berbayang

Sering mengeluh pandangan kabur atau berbayang ketika melihat dalam objek dalam jarak dekat atau jauh

4. Sakit kepala

Sering mengeluh sakit kepala. Ianya terjadi sebab urat mata dipaksa untuk melihat dengan lebih jelas. Menyebabkan sakit kepala.

5. Mata Letih

Kemerahan pada mata atau keletihan pada mata terutama setelah membaca sesuatu sama ada dekat atau  jauh.

6. Perlu tengok dengan jarak yang dekat. 

Memerlukan jarak pandang dekat dengan objek agar terlihat lebih jelas

7. Menggagau

Jalan sering kesandung, jatuh dan suka meraba-raba kerana tidak boleh fokus lihat objek.

Jika ada gejala atau tanda-tanda tersebut sebaiknya rujuk dengan segera atau pergi cuba check kat kedai cermin mata. Supaya dapat saranan yang tepat, tahap kerabunan dan jenis cermin mata yang sesuai dengan tahap rabun. 

Setelah diperiksa biasanya akan dapat kesan la jenis rabun sama ada rabun dekat atau rabun jauh.

1. Rabun jauh (Myopia)

Keadaan  ini terjadi jika seseorang tidak boleh melihat benda dalam jarak tertentu atau jauh, sehingga ia kena mendekatkan ke benda tu supaya nampak jelas. Orang dengan rabun jauh akan dibantu dengan kacamata minus.

2. Rabun dekat (Presbiopia)

Gangguan mata yang membuat seseorang tidak boleh melihat objek atau membaca dalam jarak dekat, kerananya ia akan menjauhkan objek supaya nampak jelas. Keadaan ini biasanya terjadi pada orang tua dan dimulai ketika usia 40-an. Orang dengan rabun dekat akan dibantu dengan kacamata plus.

3. Silinder (Astigmatisma)

Keadaan ini terjadi ketika lensa mata atau korena tidak simetris (berbentuk lonjong) sehingga cahaya yang masuk ke mata tidak bertemu di satu titik retina. Hal ini biasanya dibantu dengan menggunakan kacamata lensa silinder.

Jadi, jika ada tanda rabun jangan tunggu lama-lama nanti makin teruk rabun... 

3Ulasan

  1. memang rabun pun tp malas la nak pakai spek mata.. rimass

    BalasPadam
  2. dah start rabun 3 thn lepas..tp pakai spec on off esp time nak keluar or tgk sign board jer...tp thn ni mmg sepenuhnya pakai spec...kdg selalu terlepas bas time g keje sbb tahan bas time bas dah dekat2 nak sampai... pastu nak jd co pilot sblh incek hubby pun susah sbb xnampak tulisan kat sign board.. dari rimas, terpaksa laa guna spec.. huhu

    BalasPadam
  3. cik timm ada masalah silau, mmg problem klau malam2..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ