بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
7 Tanda Kolestrol Tinggi dalam Badan | Kolestrol? Tahu ke apa itu kolestrol? Kolestrol ni kalau kita orang kampung, panggil lemak la.. Tapi apa maksud sebenar kolestrol.
Apa itu kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.
Apakah kolesterol ‘buruk’?
Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh. Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.
Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.
Jenis lipoprotein :
Low density lipoprotein (LDL)
Trigliseride merupakan komponen utama
Very low density lipoprotein (VLDL)
High density lipoprotein (HDL)
Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)
Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.
Kolesterol Baik
High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.[/01]
7 Tanda Kolestrol Tinggi dalam Badan
1. Kaki sering berasa kebas
Ini terjadi sebab darah jadi pekat dan bergumpal...2. Mudah letih dan cepat mengantuk
Ini terjadi sebab aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang dan menyebabkan mengantuk.3. Senak dada sebelah kiri
Tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang urat belakang leher
Arteri semakin sempit membuatkan aliran darah ke otak semakin berkurangan.5. Kaki membengkak
Pembuluh darah sempit dan kaki adalah bahagian yang paling kurang mendapat bekalan darah.6. Timbul bintik-bintik (kutil)
Kutil biasanya tumbuh di bahagian bawah mata, wajah dan sekitar bawah leher.7. Tanda kuning muda
Akan timbul beberapa tanda kuning seperti di tengah atau hujung kelopak mata. Ada juga sedikit benjolan padat pada siku, tumit atau lutut.Jadi, kalau ada 7 tanda ini, baik buat check up cepat... untuk elak dan cegah penyakit yang tak diingini.
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ