GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Ciri Baby Carrier Yang Selamat dan Ergonomic

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Ciri Baby Carrier Yang Selamat dan Ergonomic | Semakin bertambah anak, semakin bertambah ilmu... Itulah yang berlaku kepada Rata-rata ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang. Ini kerana setiap anak lain perangai dan dugaannya.

Pengalaman anak pertama, antara barangan baby yang MF beli ialah baby carrier. Sebelum tu beli stroller dulu... Tapi penggunaan stroller agak terhad... Jadi belilah baby carrier yang biasa dan murah... Masa tu takde ilmu pasal baby carrier.. Jadi main beli aje...

Bila masuk anak kedua... Mula belajar bab baby carrier... Pengalaman anak pertama yang guna baby carrier... Buatkan nak beli yang lain. Jadi, masa anak kedua MF beli baby carrier jenis ring sling... Masa tu beli yang agak murah sebab sale di One Baby World.

Leceh juga nak adjust ring sling.. Jadi, anak ketiga belajar pasal baby carrier yang lebih selamat dan selesa untuk baby dan yang menggendongnya.

MF beli yang biasa, harganya mahal juga, tapi sebab sale kaw kaw di Internet masa tu.. Dapat la harga murah.

Bila suami cuba pakai dan guna, dia rasa sangat selesa dan baby pun selesa.. Bahkan anak MF yang umur 2 tahun tu berebut nak suruh di gendong dengan adik dia... Aduhaii...

5 Ciri Baby Carrier Yang Selamat dan Ergonomic


Jadi, bagi yang nak beli baby carrier.. Ada 5 ciri asas baby carrier yang selamat dan ergonomik...

Ciri Baby Carrier Yang Selamat dan Ergonomic 

TICKS : pilih carrier yang mematuhi prinsip TICKS >
.
❤️T = Tight : Maksudnye anak mesti erat dalam dakapan ibu/ayah/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.
.
❤️I = In view at all times : Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
.
❤️C = Close enough to kiss : Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Penandanya, kita dapat cium dahi/kepala anak (Untuk front carry). Kalau tak sampai nak cium tu maknanya kedudukan anak terlalu rendah. Tapi jangan jugak terlalu tinggi hingga menghalang penglihatan pembawa.
.
❤️K = Keep chin off the chest : pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan atau tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
.
❤️S = Supported back : bahagian belakang badan anak disokong dan berada dalam keadaan semula jadi. Penting bagi bayi yang berusia 4 bulan ke bawah untuk berada dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat. Memaksa mereka duduk dikhuatiri akan mencederakan atau mengganggu tumbesaran tulang belakang mereka.

KENAPA KENA ADA BABY CARRIER?

👉Letih dukung anak tanpa sokongan. Jadi, baby carrier ni kita dukung tapi ada penyokong, jadi takde lah penat.

👉Ada stroller tapi anak nak dukung juga. Kadang anak ni buat perangai yang tak boleh dijangka. Dah ada stroller yang selesa.. Nak juga berdukung. Sebab kadang MF bawa aje dua dua.

👉Tak cukup tangan. Si abang dan kakak nak dipimpin, si kecik nak didukung. Jika berjalan-jalan di taman ini memang satu masalah... Tapi kalau kat  pasaraya... Kami sumbat aje kakak-kakak dalam troli...

👉Nak buat kerja rumah pon si kecik nak didukung. Bab ni tak pernah MF alami... Anak menangis camne pun... Pujuk dan layan dulu... Kemudian buat kerja rumah.. Memang tak diajar untuk berdukung dalam rumah.
Sumber : Moms Secret

Jadi, nak beli baby carrier... Belilah yang ada ciri-ciri di atas... Jangan salah pilih macam MF dulu.. Nasib la murah aje masa tu...

Tak rugi membeli... Jika pandai jaga boleh pakai dalam jangka masa yang lama.. Bahkan boleh dijual jika dah tak diperlukan... Atau diwarisi kepada cucu pula nanti.. Hehe...

Jadi, baby carrier adalah satu gadget yang penting bila ada anak bagi MF... Walaupun jarang guna, tapi ianya memerlukan di waktu yang tak diduga... 


5Ulasan

  1. Baby carrier sgt diperlukan.. sbb pggunaan stroller amat terhad.lg2 tmpat yg tlalu ramai org..

    BalasPadam
  2. wah.. bagusnya baby carrier ni kak maria.. hee~ tapi kita tak de baby.. soon.. boleh timbang tolak nak sambar satu ni..

    BalasPadam
  3. nice sharing kak.. CT belom lagi bab2 baby ni. tapi apa salahnya ambil tahu kan =)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ