GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

11 Tips Mudah Bersalin dan Elak Di Induce!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Tips Mudah Bersalin dan Elak Di Induce! | Alhamdulillah... Sedang menikmati waktu berpantang untuk kali keempat... Alhamdulillah.. Rezeki Allah, kali keempat dapat bersalin dengan mudah tanpa risiko walaupun masa mengandung selalu dikatakan antara ibu yang berisiko sebab ada asma dan pernah diserang asma ketika mengandung.

Namun, beberapa amalan mudah yang diamalkan semasa mengandung... Menjadi antara sebab dan rezeki mudah bersalin.

Alhamdulillah.. Keempat-empat anak sakit tak lama... Bahkan masa anak kedua paling mudah... 5 minit je di bilik bersalin.. Mujur tak terbersalin di wad biasa.

Anak-anak seterusnya pun tak lama... Bahkan dipuji penyambut kelahiran nurse dan Doktor... Alhamdulillah... Mungkin rezeki MF tapi tak perlu risau... Setiap orang berhak berusaha untuk dapat rezeki mudah bersalin...

Tapi hanya kandungan yang normal dan cukup bulan ( 37 hingga 41 minggu) sahaja yang boleh cuba melahirkan secara normal. Tapi ada kes terpencil, boleh bersalin normal walaupun tak cukup bulan dan bayi songsang.

Mungkin tidak sesuai melahirkan secara normal bagi mereka yang bermasalah saperti, darah tinggi dan toxemia, kencing manis, bayi songsang atau melintang, bayi terhencat pertumbuhan (IUGR), rongga ponggong sempit (CPD), pernah bedah cesarean, pernah bedah buang fibroid atau cyst atau lain-lain masalah penyakit ibu dan bayi dalam kandungan.

Mereka perlu nasihat doktor pakar bidan untuk ditentukan kaedah kelahiran; normal atau bedah cesar.

Bagi yang berisiko rendah, boleh berusaha untuk bersalin normal. 

Antara tips untuk mudah bersalin normal ialah:

11 Tips Mudah Bersalin dan Elak Di Induce!

11 Tips Mudah Bersalin dan Elak Di Induce!

1. Jaga Pemakanan dan Ikut Jadual Temujanji 

Jaga pemakanan sejak awal kehamilan - kurangkan makanan yang mengandungi pengawet, pewarna atau MSG. Masa mengandung memang rasa nak makan macam-macam tapi kawal nafsu dan kalau teringin, cukuplah rasa sedikit buat lepas rasa mengidam.

Ikuti rutin check up dengan sabar. Memang leceh tapi sebenarnya penting untuk kesihatan dan pemantauan baby dalam kandungan.

2. Banyak kan Bergerak

Banyakkan bergerak atau lakukan aktiviti ringan di penghujung kehamilan. MF cikgu memang perlukan  banyak bergerak. Memang MF banyak bergerak dan buat kerja rumah seperti biasa terutama dah masuk usia kandungan 32 ke atas.

Kerja rumah lebih ekstrem MF akan buat bila menjangkau 37 minggu.. Memang penat, tapi itu cara nak mudah bersalin... Sebab takut overdue dan di induce...

3. Minum air kelapa muda 

Masa anak ketiga MF memang amal minum air kelapa muda... Sebab nak mudahkan bersalin dan kurangkan sakit serta luka ketika bersalin.

4. Minta maaf dengan suami, ibu, bapa dan mertua

Paling penting minta maaf dan mohon restu dari suami. Kemudian minta maaf dari ibu bapa dan ibu bapa mentua.. Insha Allah restu, doa dan keberkatan dari insan tersayang lebih mudah dan cepatkan proses bersalin secara mudah dan natural.

5. Amalkan minum Minyak Kelapa Dara

Anak ketiga MF amal, tapi anak keempat MF tak berani nak amal sebab kehamilan anak ketiga dan keempat rapat... Jadi, takut pula nak amal awal nanti terbersalin awal.

Bagi yang jarak kelahiran 2 tahun ke atas sesuai amalkan minum minyak ni... Lepas 7 bulan dah boleh amal dah... Insha Allah.. Mudah bersalin.

6. Amalkan makan kurma

Amalkan makan buah kurma setiap hari.. 3 biji paling kurang terutama dekat nak bersalin... Alhamdulillah... Ini yang MF amal masa anak kedua hingga keempat.. Sampai ke dalam bilik bersalin MF bawa 3 biji buah kurma dan makan semasa layan sakit bersalin.

7. Mind Set

Setting minda untuk fikir positif tentang bersalin... Niatkan untuk mudah bersalin... Jangan fikir yang negatif.. Bila kita fikir mudah.. Insha Allah.. Allah akan permudahkan.

8. Surah amalan dan doa

Yang pernah putus asa dengan doa.. Doa adalah kekuatan.. Walaupun setiap kali mengandung MF ada risiko dan ujian tersendiri.. Tapi doa dan harapan hanya dari Allah...

Amalkan mengaji dan berzikir
Jangan culas untuk membaca al-Quran setiap hari.. Dihujung kehamilan amalkan baca surah tertentu dan amalkan zikir lazim seperti لاحول ولا قوة الا بالله dan لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Antara surah amalan MF sepanjang mengandung ialah surah al-Insyirah.. Amalkan membaca dari mula mengandung hingga melahirkan setiap kali dalam solat dan selepas solat.

Selain itu, MF amalkan surah ar-Rahman, surah Yusuf dan surah Maryam dengan niat dipermudahkan urusan mengandung dan melahirkan.

9. Senaman Pernafasan 

Amalkan breathing exercise ; sedut nafas panjang melalui hidung dan lepas keluar melalui mulut. Kemudian latih sedut nafas panjang dan lama , kemudan tahan nafas selama yang boleh, waktu ini kekuatan diperlukan untuk meneran bayi keluar bila dah sampai second stage labour dan pintu rahim terbuka sepenuhnya.

Sebenarnya.. False alarm dan Broxton hicks yang biasa berlaku tu bagus untuk kita belajar cara kawal pernafasan. Teknik pernafasan yang betul memang Betul-betul membantu ketika bersalin.

10. Banyakkan Makan Buah dan Sayur

Makan banyak buah-buah dan sayur-sayuran, buah betik, jambu, tembikai, epal, oren, dan nenas. Tujuannya untuk melembutkan pangkal rahim agar pintunya mudah dibuka oleh kepala bayi.

11. Bersama suami

Hubungan kelamin pun boleh diteruskan kerana ia membantu buka pintu rahim. Rangsangan nafsu serta air mani suami mencetuskan kuncupan rahim dan membuka pintu rahim.

Setakat sahaja seingat MF, MF ada buat.  Lagi satu amalkan konsep memudahkan urusan orang lain... Insha Allah segala urusan kita akan dipermudahkan Allah.

Jaga akhlak, jaga tutur kata dan jangan sakiti orang lain ketika mengandung... Jaga perlakuan dan tingkah laku dengan suami... Jangan sakiti hati suami, dan ibu bapa... Banyak kan berdoa dan fikir positif sentiasa... Insha Allah segalanya akan dipermudahkan. Tak perlu ambil ayat selusuh... Nanti lebih memudharatkan. Cukuplah doa dan amalkan kebaikan yang berterusan.. Untuk dipermudahkan segala urusan. Insha Allah. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ