GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia Gerakan Bayi dalam Kandungan Yang Wajib Ibu Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rahsia Gerakan Bayi dalam Kandungan Yang Wajib Ibu Tahu | Masuk usia kandungan 7 bulan nurse kat KKIA mesti minta ibu mula kira dan catat pergerakan bayi dalam kandungan. Rasa leceh nak buatkan... Kadang sanggup juga mengelat... Asalkan bertanda. Tapi sebenarnya, penting kira gerakan bayi ni... Untuk pantau perkembangan dia...



Maksud gerakan


  • Gerakan janin dalam rahim
  • Bayi cuba merenggangkan anggota badannya untuk bersantai dan berpindah kedudukan.
  • Perkembangan normal dari bayi, bergerak untuk memberi ransangan terhadap suara yang didengari, cahaya atau pemakanan yang diambil oleh ibu.
  • Bayi yang sihat membesar bergerak sekitar 15 hingga 20 kali sehari. Bayi akan lebih banyak bergerak selepas ibu makan dan memberi tindak balas terhadap suara.


Apa Yang Bayi Buat Dalam Kandungan?


  • Pada minggu ke-7 hingga minggu ke-8, bayi mula membuat pergerakan am seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Minggu ke-9, bayi mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Minggu ke-10, bayi boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya dan menganga.
  • Minggu ke-11, bayi sudah boleh menguap.
  • Minggu ke-14, bayi sudah boleh menggerakkan matanya.
  • Dari minggu ke-20 hingga ke-24, bayi lebih aktif pada siang hari dan lebih banyak membuat pergerakan menendang.
  • Dari minggu ke-24 hingga minggu ke-28, menyedari bayi mengalami sedu. Bayi bergerak bebas dan akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.
  • Minggu ke-29, mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia dalam agak terhimpit dalam rahim.
  • Minggu ke-32, pergerakan bayi memuncak ketika ini. Selepas ini jumlah pergerakan bayi akan berkurangan. Ia normal kerana dia tidak mempunyai ruang untuk bergerak.
  • Minggu ke-36, bayi akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Bayi akan membuat pergerakan tangan dan kakinya dan ada kalanya ibu terasa perit apabila terkena tulang rusuk.
  • Minggu ke-36 hingga minggu ke-40, badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Bayi juga sedang menetapkan posisinya dalam pelvis dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Ibu akan rasa seperti sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.


Bayi tidak akan bergerak sepanjang masa sebab, ada masanya dia hanya mahu tidur dan berehat. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali.

Cara merangsang bayi bergerak


  • Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi kadang kala tertidur semasa ibu bergerak kerana rasa seperti dibuai dan dia akan terjaga apabila ibu duduk diam.
  • Baring mengiring dengan mengampu perut dan jangan bergerak. Ini dapat membantu ibu menumpu perhatian terhadap pergerakan bayi.
  • Minum air yang sangat sejuk. Bayi mungkin dapat merasa perubahan suhu dalam badan dan cuba untuk mengelak daripadanya.
  • Buat bunyi bising. Mainkan muzik dengan kuat atau hempas pintu dan lihatlah tindak balas daripadanya.


Jika bayi bergerak selepas buat perkara di atas, tak perlu dirisaukan.. tapi selepas buat tapi tetap tiada respon dan pergerakan kurang dari yang biasa, segera ke hospital untuk buat pemeriksaan CTG.

Pergerakan bayi dalam kandungan adalah Rahmat Allah untuk manusia... Untuk terbitkan rasa kasih dan sayang ibu kepada anaknya.

Olahan sumber: Majalah Mingguan Wanita
Sumber gambar: Google Images

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ