GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MALULAH KITA PADA SANG BATANG KURMA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MALULAH KITA PADA SANG BATANG KURMA.



Dalam hadis sahih,

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُومُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلَى شَجَرَةٍ أَوْ نَخْلَةٍ، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ ـ أَوْ رَجُلٌ ـ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَجْعَلُ لَكَ مِنْبَرًا قَالَ ‏"‏ إِنْ شِئْتُمْ ‏"‏‏.‏ فَجَعَلُوا لَهُ مِنْبَرًا، فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ دُفِعَ إِلَى الْمِنْبَرِ، فَصَاحَتِ النَّخْلَةُ صِيَاحَ الصَّبِيِّ، ثُمَّ نَزَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَضَمَّهُ إِلَيْهِ تَئِنُّ أَنِينَ الصَّبِيِّ، الَّذِي يُسَكَّنُ، قَالَ ‏"‏ كَانَتْ تَبْكِي عَلَى مَا كَانَتْ تَسْمَعُ مِنَ الذِّكْرِ عِنْدَهَا ‏"‏‏.‏

Terjemahan :

Daripada Jabir radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam biasanya berdiri berkhutbah pada hari Jumaat di sebatang pokok kurma. Seorang wanita atau lelaki Ansar berkata: Ya Rasulullah, bolehkah kami buatkan untuk mu mimbar. Baginda menjawab: Boleh, jika kalian mahu. Lalu mereka membuatkan untuk baginda mimbar. Apabila tibanya hari Jumaat, baginda pun naik ke mimbar tersebut. Lalu pokok kurma itu mengeluarkan bunyi seperti bunyi bayi. Kemudian baginda pun turun dari mimbar lalu pergi memeluk pokok kurma seperti sedang menenangkan yang sedang menangis. Baginda bersabda: Ia menangis kerana (tidak dapat mendengar lagi) apa yang biasa ia dengar daripada peringatan berhampirannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, Bab 'Alamat an-Nubuwwah, hadis no: 3584]

Begitu sayang batang pokok kurma kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam.  Betapa sayu batang pokok kurma itu di saat berpisah dengan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam.
Mendalam cintanya kepada Rasulullah Allah itu.

Adakah kita pun begitu juga kasih, sayang, cinta dan rindu kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam? Atau sekadar ucapan namun akhlak dan ilmu kita perolehi tidak mampu membentuk peribadi kita untuk menjadi seperti Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. 

Apabila kita sudah mencintai seseorang maka kita akan cuba memenuhi segala kehendaknya supaya dia sayang dan cinta kita. Adakah kita pun begitu dengan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam???? 

Malulah kita kepada sebatang pokok kurma. Pokok yang tidak mempunyai perasaan namun Allah bagikan keistimewaan kepada pokok kurma itu demi menunjukkan zat-NYA Yang Maha Agung kepada umat manusia. Tidak ada yang mustahil bagi Allah Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [al Baqarah/2:255]

Bagaimana kita hendak mengasihi Rasulullah shallallahu alaihi wassalam? Dalam kisah ‘Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu, iaitu sebuah hadits dari Sahabat ‘Abdullah bin Hisyam Radhiyallahu anhu, ia berkata:

كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ، حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ، وَاللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ.

“Kami mengiringi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau menggandeng tangan ‘Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada beliau: ‘Sungguh sekaranglah saatnya, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’” [Hadis Sahih Bukhari, no. 6632]

Allah dalam firmanNYA:

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ
فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

“Barangsiapa mentaati Rasul, maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” [An-Nisaa’: 80]

Maka kembalilah kita semua kepada Al-Quran dan sunnah. Usahlah kita mencari selain dari Al-Quran dan sunnah. Usahlah kita mendalih-dalih untuk dalil selain Al-Quran dan sunnah.

Ingatlah amaran Allah dalam al-Quran. Allah mengancam orang yang mendurhakai Rasul-Nya, sebagaimana dalam firman-Nya:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Maka hendaklah orang-orang yang melanggar perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah (cubaan) atau ditimpa azab yang pedih.” [An-Nuur: 63]

Jangan bermudah-mudah dalam urusan agama jika ia melibatkan akidah dimana ia menentukan kemana kita di akhirat nanti.

Belajarlah dan bentuklah penghidupan sebagaimana penghidupan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Walaupun kita tidak mampu ikut semua tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi seperti baginda Rasulullah. Dan berdoalah agar kita bertemu dengan Rasulullah untuk menagih syafaat baginda nanti. Wallahua'lam.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu


Kita mengaku umat Nabi Muhammad s.a.w, marah jika orang hina Nabi kita.. tapi dalam tak sedar kita sendiri pun sebenarnya umat Nabi yang hina... meremehkan sunnah... terumatanya bab akhlak dan adab... dah hilang dah akhlak dan adab yang Nabi s.a.w ajar terutama umat akhir zaman ni...

Bercakap tapi menyakiti;
Menegur tapi mengaibkan;
Berdebat tapi menyalahkan;

Akhlak Nabi, syariat yang Nabi s.a.w bawa letak ke tepi...
walaupun setiap tahun kita sambut Maulud Nabi...
tapi semuanya tidak bererti...
andai kita tak hayati...
apa yang telah Nabi s.a.w warisi...

Malulah kita kepada sebatang pohon kurma...
yang begitu mengasihi Nabi... 

0Ulasan