GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Maafkanlah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pernah suatu ketika, Abu Bakar dan Umar al-Khattab berselisih faham hingga terjadi sedikit perbalahan. Abu Bakar sedar perkara sebegitu tidak sepatutnya dipanjangkan.

Abu Bakar lalu merendah diri memohon maaf kepada Umar, namun disebabkan kemarahan yang belum reda, Umar enggan memaafkannya.

Tiga kali Abu Bakar memohon maaf, namun Umar tetap tak mahu memberi kemaafan. Hal ini membuatkan Abu Bakar resah dan murung beberapa ketika.

Perkara ini disedari oleh Rasulullah s.a.w lalu Baginda pun bertanya masalah yang dihadapi Sahabat baiknya itu. Selepas dijelaskan semuanya, mereka saling bertemu.

Rasulullah berkata:

"Saudaramu ini telah meminta maaf kepadamu, mengapa kamu tidak mahu memaafkannya?"

Serta merta umar sedar kesalahannya yang enggan memaafkan itu tadi. Lalu dia meminta maaf kepada Nabi dan memaafkan Abu Bakar bahkan malah mengatakan;

"Tidak ada seorang pun daripada makhluk Allah yang lebih aku cintai selepas kamu wahai Rasulullah selain Abu Bakar."

Kisah ini diriwayatkan oleh al-Tabarani. Sungguh mengharukan.

....
Pelajarannya, maafkanlah bila orang sudah banyak kali dan bersungguh-sungguh meminta maaf khususnya kesalahan yang remeh temeh. Jika mampu memaafkan kesalahan yang besar, tentu itu lebih baik.
..........
Kredit : Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir



Ada 4 kategori pemarah:
1. Lambat marah, cepat hilang kemarahan.

2. Cepat marah, cepat hilang kemarahan.

3. Lambat marah, lambat hilang kemarahan.

4. Cepat marah, lambat hilang kemarahan.

Kategori marah yang terbaik ialah lambat marah dan cepat hilang kemarahan.

Manakala, marah yang paling buruk ialah cepat marah dan lambat hilang kemarahannya.

Sama-samalah kita muhasabah diri... Kita kategori yang mana... 

0Ulasan