Cuaknya Bila Dilanda Braxton Hicks

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cuaknya Bila Dilanda Braxton Hicks | Pengalaman mengandung sememangnya indah... Lain anak, lain pengalamannya. MF mengandungkan anak sama jantina sebanyak 3 kali.. Tapi kesemuanya ada pengalaman yang berbeza. Semua tu indah untuk dikenang. Walau banyak mana pun anak, semuanya tak sama.

Pengalaman mengandung anak pertama dan kedua, Alhamdulillah dipermudahkan... Tapi anak ketiga sedikit diuji... Bila mengandung anak ketiga, badan perlu bekerja lebih sebab perlu menguruskan kedua anak yang masih kecil dan perlukan perhatian... Ini menjadikan badan kadangkala tak cukup rehat.

Bila badan tak cukup rehat ketika mengandung, mengundang simptom yang berbeza... Masa anak ketiga, masuk fasa ketiga mengandung, datang satu konstraksi yang tak pernah dirasai sebelum ini... Haishh... Tak kan dah nak bersalin... Rasa keliru, rasa cuak semua ada... MF bukan jenis sediakan keperluan bersalin awal... Last minit punya persediaan... Tapi, sabar dan gigih mencari ilmu... Barulah tahu, itu hanya Braxton Hicks dan boleh jadi konstraksi palsu.


sumber: google images

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?


Satu masa pada pertengahan kehamilan (atau lebih awal), kita akan merasakan otot uterus (rahim)mengecut. Jika letakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, kita boleh merasa betapa kerasnya uterus pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali tidak berasa tak selesa. Kita mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks. Pada peringkat awal kelahiran, serviks mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?


Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.


Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:

  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.


Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi kita untuk membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus, juga bagi kita sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang akan memperolehi di kelas antenatal.

Cara Meredakan Broxton Hicks

1. Berbaring dan relax bila rasa tak selesa.
2. Bangun dan berjalan-jalan dan lakukan aktiviti ringan yang santai untuk redakan kesakitan yang ada.
3. Mandi air panas...

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:

  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.


Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.


  • Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
  • pergerakan bayi anda sudah mengurang;
  • anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
  • jika anda mengalami sebarang pendarahan.



Diolah dari Sumber: Baby Center 


Senang kata, broxton hicks ni akan hilang bila kita ubah posisi... COntoh rasa sakit masa berjalan, angkat barang tapi bila kita duduk, relax, buat senaman penafasan, rasa sakit kontraksi tu akan hilang. Tapi kalau kontraksi betul, kita ubah kedudukan ke, senaman pernafasan pun tak hilang sakit tu bahkan makin kerap pula.. Itu memang kena terus ke hospital la ye... sebab kalau pengalaman MF tak boleh harap dengan tanda kelahiran... Anak kedua ketiga takde tanda... Tapi tup-tup je memang bersalin lah... Anak pertama je ada tanda...

Itulah pengalaman buatkan kita belajar sesuatu yang baru... Bracxton hicks ni mungkin terjadi sebab jarak kelahiran yang kurang dari 2 tahun maknanya kelahiran rapat, atau juga badan kita yang tak cukup rehat dan banyak bergerak... Jadi, kena kenal pasti betul-betul sama ada broxton hicks atau tidak. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !