GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Udang Galah Cheese Baked

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Udang Galah Cheese Baked | Istimewa sikit resepi hujung minggu ini... Dah berbulan berpantang tak makan udang sebab alergi dengan makanan laut terutamanya udang. Tapi sebab teringin dan tengok orang dok post pasal udang galah di Facebook dan juga kebetulan kawan suami MF memang ada jual udang galah, terus hilang pasal alergik tu...

Selepas beberapa kali tempah dan cancel, akhirnya Jumaat lepas berjaya juga beli udang galah 1KG dari kawan suami... Alhamdulillah..

Semalam barulah berkesempatan memasak... Memikirkan menu yang lain dari yang biasa dibuat, tapi simple dan tak renyah... akhirnya tercetus idea nak masak udang galah bakar... Tapi dimodenkan dengan rasa ala barat. Jadi terhasillah Udang Galah Cheese Baked.

Resepi Udang Galah Cheese Baked


Bahan-bahan:

  • Udang galah
  • Butter
  • Mozarella Cheese
  • Lada putih atau lada sulah
  • Lada hitam
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Garam
  • Serbuk Daun Pasley


Cara membuatnya:

  1. Belah udang galah dibahagian belakang hingga ke kepala.
  2. Kemudian, campurkan butter, cheese, lada putih, bawang putih dan garam.
  3. Sumbatkan campuran cheese tadi dibelakang udang yang dibelah tadi.
  4. Susun dalam dulang pembakar atau dalam pemanggang ajaib.

  5. Tabur dengan daun pasley dan lada hitam.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 150-170 selama 20-30 bergantung kepada oven masing-masing. Jika bakar dalam pemanggang ajaib, hingga naik bau. 
  7. Nak tau masak ke tak, udang berwarna merah dan cheese cair dan meleleh... Jangan terlalu lama, nanti cheese boleh hangus. 


Memang memikat rasa... dengan bau udang galah tambah dengan cheese tu.. haiii.. menggugat selera...

Alhamdulillah, puas hati dapat makan... Alhamdulillah tak kena alergik pula makan udang galah ni... Lain kali boleh beli dan buat lagi...

Sekilo udang ni memang banyak dan boleh buat 2 resepi... Next time, MF akan kongsi resepi kedua dari udang galah. Resepi ni lagi ringkas tapi sedap. 

4Ulasan

  1. udang galah klu masak apa pun sedap, lagi2 cheese lgi terangkat la... hehe

    BalasPadam
  2. Penyediaannya tidak la rumit sangat..

    Cuma nak dapat udang itu sahaja yang agak mencabar..

    Harga pun boleh tahan

    BalasPadam
  3. Ya Allahhhh.. x tahan tngok. Dah la bulan pusa. Sis pinjam resipi. Nk masak untuk buka

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ