بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Servis Air-Cond Hanya Guna Remote | Musim panas begini, air cond sangat berguna. 24 jam kalau boleh nak pasang air cond aje... Bil melambung tak fikir dah, asalkan dapat redakan rasa panas dan bahang akibat perubahan cuaca sekarang.
Air cond, lama-lama guna jadinya tak sejuk walaupun diturunkan suhunya... Nak servis kena cari tukang servis yang bertauliah... Tapi baru-baru ni terbaca perkongsian di Facebook, rupa-rupanya kita boleh servis air cond sendiri dengan hanya guna remote sahaja.

Cara Servis Air-Cond Hanya Guna Remote
Cara-caranya selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .
TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND
– Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
– Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
– Kemudian barulah matikan aircond.
MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ??. Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)PESANAN...
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Sumber: FB SyamZone
Takde lah susah mana pun.Yang mana ada air cond boleh cuba buat ye... Tengok sejuk ke tidak air cond kita selepas buat servis mudah ni...
Tq tips. nnti nak cuba buat.. huhuh.. musim panas ni skrg mmg aircond sgt diperlukan huhu
BalasPadamSenangnya. Nanti nak try lah.
BalasPadamtips yang bagus untuk diamalkan bagi mereka yang menggunakan aircond di kediaman
BalasPadamwww.maisarahsidi.com