Anak Demam Lepas Cucuk Vaksin

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Anak Demam Lepas Cucuk Vaksin | Tenggelam timbul isu vaksin ni... Baru-baru ni timbul lagi, gara-gara satu post di Page Info Ibu Hamil tentang seorang yang tidak lagi meneruskan vaksin selepas anaknya sering sakit sebaik sahaja selepas diberikan vaksin.

Memang itulah yang menjadi kebimbangan para ibu, terutama ibu muda dan moden zaman sekarang. Tak nak ambil vaksin sebab takut anak demam dan sakit selepas vaksin.

Ada beberapa perkara penting yang mesti kita tahu pasal vaksin. Bahkan jika buat check up biasa di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) sebelum diberikan vaksin, ibu akan ditanya vaksin apa dan tujuannya.

Jadi, bagi yang belum tahu, jom kita ambil tahu.

Sebagai ibu, bakal ibu serta masyarakat di zaman teknologi masa kini. Mempunyai sedikit ilmu tentang anak-anak terutama vaksinasi yang diterima adalah digalakkan agar anda tahu adakah vaksinasi yang diberi betul mengikut jadual pemberian vaksin yang terkini.



• BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.

• DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.

• DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.

• Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.

• MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.

• MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.

• JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.

• HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah

~Tibi (Tuberculosis): Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.

~ Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati

~ Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

~ Pertussis (batuk kokol): Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.

~ Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

~ Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidak upayaan fizikal atau kematian.

~ Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

~ Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.

~ Mumps (beguk) boleh mengakibatkan radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.

~ Rubella, biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Cara suntikan serta tempat diberikan suntikan:

BCG - Di bawah kulit lengan kiri
DTap/ HiB/ IPV -  Suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau Lengan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun
MMR - Di otot peha.
** Umur 7 tahun, di lengan.
HPV - Di otot lengan
ATT - Di otot lengan


Vaksin ni bertindak atas penyakit tertentu sahaja. Ia tidak bermakna satu jenis vaksin, semua penyakit termasuk penyakit 'M' pun boleh halang. Ia MENCEGAH penyakit tertentu sahaja mengikut jenis.

Kenapa Anak Demam Selepas Vaksin?


Demam selepas pemberian vaksin adalah biasa kerana respon tubuh pada vaksin tersebut. Vaksin BUKAN nak cegah demam dan selsema.

Apa yang akan berlaku selepas bayi diberi imunisasi?


Anda akan diminta tunggu sebentar selama kira-kira 10 minit selepas imunisasi untuk melihat samada bayi mengalami reaksi negatif terhadap vaksinasi tersebut. Bayi anda mungkin merengek sedikit dan tidak kelihatan gembira sepanjang hari itu.

Kesan sampingan yang lebih jelas adalah jarang, tetapi boleh termasuk yang berikut:

  • demam;
  • sakit, bengkak atau lebam di tempat yang disuntik;
  • loya atau muntah;
  • cirit-birit.


Vaksin MMR kadang kala boleh menyebabkan ruam seperti campak dan demam ringan enam hingga 10 hari selepas suntikan diberi. Cuba jangan bimbang jika bayi anda mengalami ruam. Ini tidak bermakna dia menghidap demam campak. Badannya hanya bertindak balas terhadap virus hidup tetapi lemah yang terkandung dalam vaksin MMR untuk membolehkan dia membina imunisasi terhadap penyakit itu.

Jika bayi anda mengalami demam selepas imunisasi, adalah selamat untuk memberinya paracetamol untuk kanak-kanak jika dia sudah berumur dua bulan atau lebih. Anda boleh memberinya ibuprofen untuk kanak-kanak untuk merawat demam jika bayi anda berusia tiga bulan dan mempunyai berat sekurang-kurangnya 5kg. Periksa paket ubat atau tanya doktor atau ahli farmasi untuk nasihat jika anda tidak pasti berapakah dos yang sesuai untuk anak anda.

Sawan kadang kala menyerang kanak-kanak yang mengalami demam panas. Jika suhu badan bayi anda 38 darjah C atau lebih, atau mengalami sawan, hubungi doktor dan rawat demamnya dengan segera. Namun begitu, yakinlah bahawa reaksi sebegini jarang berlaku.

Sumber: Baby Center

Pengalaman MF sendiri, anak MF ada yang demam ada yang tidak... bergantung kepada kekuatan diri anak tu sendiri... MF sendiri divaksin masa kecil, jadi tiada alasan MF menolak vaksin... Ada yang masih ragu dengan kehalalan vaksin, sedangkan pihak Mufti dan JAKIM sendiri sahkan vaksin yang digunakan di Malaysia adalah halal. Kita serahkan urusan kepada yang berhak... Tapi takpe, bagi yang tak nak vaksin, pihak kerajaan tak paksa cuma fikirkan semula dalam jangka masa panjang. Zaman sekarang banyak virus tambahan pula dengan kedatangan pelbagai pendatang dan orang luar dari Malaysia ke Malaysia tika ini, jadi vaksin adalah langkah terbaik untuk lindungi anak kita. Cuma, MF nak katakan kalau tak nak vaksin, biar dengan ilmu mendalam bukan sekadar ilmu dari google atau cakap-cakap orang...

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !