بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Nak Buang Penyakit Tak Boleh Tengok Orang Lain Lebih | Hasad dengki, sifat mazmumah yang semua manusia biasa akan ada, cuma kuat dengan tak aje.

Sifat normal manusia, suka bersaing, suka nampak hebat dan lebih dari manusia lain itu biasa. Cuma kita perlu kawal dengan ilmu dan iman, agar ianya tak jadi satu penyakit yang membarah di hati...



Penyakit hasad dengki ni boleh dirawat dan diubat... Caranya adalah.. dengan mendoakan orang yang kita dengki tu dengan kebaikan.

Ini perkongsian yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki:

"Bagaimana cara kita hendak membuang penyakit hasad dengki ini? Di antara caranya ialah kita doakan terhadap orang yang kita dengki itu. Kita lihat rumah dia besar maka kita doakan padanya, YA ALLAH TAMBAHKAN LAGI NIKMAT UNTUK DIRI DIA YA ALLAH. Waktu mana kita doakan untuk diri dia maka di waktu kita telah membuang penyakit hati kita."


Insha Allah, jika amalkan selalu lama-lama hati kita bersih dari rasa hasad dengki ini..

Memang ada orang macam tu, tak boleh tengok orang lain lebih... Dia pun nak juga... Jadi, belajar rasa syukur dengan nikmat yang ada.

Satu lagi caranya, banyakkan memandang orang yang berada di bawah kita daripada memandang orang yang berada di atas kita...

Insha Allah, akan kurang rasa dengki dengan kelebihan yang orang lain ada...


Sekian, semoga bermanfaat.

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama