بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 RAHSIA BISMILLAH YANG PATUT KITA TAHU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Di sini Allah sebut dengan nama Nya, yang mana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2 sifat ini adalah sifat Allah yang termasuk dalam Asmaul Husna, yang 99.
Ertinya sifat-sifat Allah yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalam Quran dan Hadis, itu semua merupakan 1 pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah.
Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej, yang Allah tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertiya kebesaran dan keagungan Allah tidak ada kesudahan tetapi Allah hanya sebutkan 99.
Daripada 99 sifat Allah itu, Allah sangat menonjolkan sifat rahman dan rahim Nya. Sebab itu Hadis ada menyebut,
"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya."
Mengapa Allah tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain?
Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:
1) Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol.
Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas. Hidup lagi aku. Sayangnya Allah dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup. Hidup itu sendiri adalah rahman dan rahim Allah. Bila kita pergi bilik air, itu rahman dan rahim Allah. Boleh melangkah lagi aku. Allah sayang lagi dengan aku. Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu, bila dapat air, terasa segar. Itulah kasih sayang Allah. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu rahman dan rahim Allah. Mandi, bernafas dalam bilik air.
Lepas itu kita boleh sembahyang dengan rahman dan rahim Allah juga. Seterusnya kita keluar pergi kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga rahman dan rahim Allah yang berlaku setiap detik.
Kita melangkah kaki, memijak di bumi Allah. Kalaulah Allah jerluskan, kan dahsyat. Boleh berpijak dengan baik di bumi Allah. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah, Rupaya mata aku tidak buta. Ini rahman dan rahim Allah. Dengan rahman dan rahim Allah itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Allah.
Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diri Nya dengan 2 sifat ini. Kalau orang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memang sifat rahman dan rahim Allah sangat menonjol. Sifat rahman dan rahim Allah yang mencurah-curah itu ibarat seorang di padang pasir, didatangkan salji yang tidak berhenti-henti.
Jadi munasabahlah Allah suruh menyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yang tertonjol.
2) Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat samada yang bersifat maddi atau maknawi, rohaniah, jangan lupa bacalah Bismillah
Supaya lahir cinta terhadap Allah. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cnta Allah, itu tidak jadi masalah bagi Allah. Keagungan Allah tetap. Dia tidak berubah samada kita cinta atau bencikan Nya. Allah seolah-olah mengajar kita, apabila kita membaca Bismillah, kita tersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknya nikmat Allah. Supaya kita cintakan Allah. Agar kita jatuh hati dengan Allah. Faedahnya bukan untuk Allah.
Kalau orang cintakan Allah, automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnya sesama manusia. Bila cinta sesama manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur, berkerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan. Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk Allah. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Dalam rahman dan rahim Allah itu, bila kita kaji hikmahnya, dalamnya itu ada rahman dan rahim. Hikmahnya itu juga adalah rahman dan rahim Allah. Dalam rahman ada rahman. Dalam rahim ada rahim. Dalam kasih ada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan.
3) Allah suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan Bismillah
Ertiya dalam satu hari, berapa ratus kali kita baca Bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca Bismillah. Apa maksudnya yang lain?
Supaya kita ada rasa kehambaan. Rupanya kita tidak boleh hidup tanpa Allah. Rasa kehambaan itu sifat tawaduk yang wajib. Allah suka sangat hamba itu rasa hamba. Jadi bagi orang yang prihatin, dengan sendiri dia jadi tawaduk, rasa perlu dengan Allah, dia rasa kalau tidak kerana Allah, dia tidak boleh hidup. Lahir rasa bertuhan. Tidak besar ke? Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Allah.
4) Hikmah lain yang tersirat, kalau kita tidak baca Bismillah dalam berpakaian, makan minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat
Kalau tidak berkat, Allah tidak bersama kita. Bila Allah tidak bersama, itu yang jadi masalah. Bila makan minum, penyakit pun banyak. Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat. Lalai itu adalah satu bala dari Allah. Buat apa pun kalau tidak baca Bismillah, walau pun berjaya Allah beri secara istidraj. Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut lain. Meniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh kerana Allah marah, diberi secara istidraj, untung di satu sudut, di lain sudut Allah tarik kasih sayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.
5) Kalau kita kaji lagi dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca surah al-Fatihah sampai habis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankan berkat, kedudukannya sunat sahaja
Tetapi bagi Al Fatehah diwajibkan kerana ia satu ayat daripada surah itu. Kalau solat tidak baca Bismillah, batal Fatehah, batal solat. Apa maksudnya?
Sebenarnya kita baca Bismilah ini kasih sayang Allah. Bagi kita Al Quran yang isinya ada dalam Al Fatehah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh fahami, hayati dan apply-kan nya dalam kehidupan kita, itu rahmat dan nikmat Allah yang paling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Begitu kasih sayang Allah.
Patutlah Allah suruh baca Bismillah di awal Al Fatehah sebab Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatehah, tidak seperti surah-surah lain.
Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah rahman dan rahim Allah. Apa yang dicerita tadi, termasuk dalam isi Fatehah. Didahulukan ia supaya kita nampak sebab nikmat yang lahir, mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Allah yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat ruhiyyah atau maknawiyah. Sebab nikmat Allah ada 3 iaitu yang bersifat mata, bersifat akal dan bersifat roh. Mata cepat nampak nikmat tetapi itu pun payah untuk terasa. Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.
Setakat itu pun kita sudah terasa hebatnya Bismillah itu. Terima kasih ya Allah....
SILA SHARE DAN SEBARKAN
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Lazimi Bismillah di bibir dalam apa jua pekerjaan, moga dengan berkat Bismillah ini... Allah berikan ganjaran pahala dan setiap urusan kita dikira sebagai ibadah berganda....
p/s: Kerana itu, setiap entry MF diletakkan kalimah Bismillah untuk biasakan pembaca dengan kalimah mulia itu... agar pembacaan kita menjadi ladang pahala dan mendapat manfaat dan berkat di sisi Allah...
tq - tumpang baca
BalasPadam