GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makhluk Paling Ajaib

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


"Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!"

Saya ambil kunci. Ambil anak dan masuk kereta.

Isteri call

'Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?'

Allahu. Saya patah balik dan masuk rumah.

"Kalau nak keluar, keluarlah. Saya tak paksa pun abang nak pergi mana!"

Saya duk depan pintu. Serba salah nak keluar ke nak masuk ni. Masuk nanti salah, keluar lagilah salah. Saya duduk tepi rak kasut.

"Abang ni, kenapa duduk situ? Kotorkan! Masuklah!"

Saya masuk dengan anak sekali. Kami duduk macam tetamu yang datang nak beraya. Rasa asing di rumah sendiri.

Duduk sampai tertido. Sedar-sedar isteri dah baring di riba. Habis basah airmatanya membasahi seluar saya.

Nak bagitahu apa?

Itulah isteri kita. Dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa. Dia tiba-tiba macam bidadari dari syurga, kadang-kadang macam geram je kita rasa. Kadang nak cubit secubitnya.

Allah ciptakan mereka untuk kita. Tak percaya? Buka Al Quran dan bacalah.

Kita yang lelaki ni boleh tegak berdiri.

Perempuan ni memang memang dia punya senget dan kona boleh lari sana sini.

Sabarlah.

Itu sahaja Allah pesan pada kita.

Kalau tak boleh sabar, gigitlah pokok pisang tu berkali-kali!

Kredit : Facebook Abu Hurairah Asifa

Sumber: Google image 


Memang itulah wanita ya tuan-tuan suami... Makhluk yang paling ajaib...

Ko tak payah usaha nak fahamkan perangai orang perempuan ni.. Sebab sampai mati pun belum tentu akan faham kerana lelaki perempuan Allah ciptakan perbezaan macam langit dan bumi...

Apa pun... Belajar menghormati perbezaan itu... Dan jadilah saling melengkap untuk hidup yang bahagia dan  indah selamanya...

Bab suami isteri ni tak mau cakap banyak , sebab nak kongsi ilmu pun tak banyak mana lagi sebab baru 7 tahun kahwin... Tapi yang mana boleh belajar kita akan kongsi kan...

Suami isteri perlu ada toleransi...
Suami jangan ikut jadi emosional macam isteri... Jahanam rumahtangga...
Kerjasama itu penting dalam rumahtangga...
Paling utama, berdoalah sentiasa dan jaga solat dalam rumahtangga.. Insha Allah... Allah redha dan pelihara rumahtangga kita jika kita patuh dan ikut perintah Allah.... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ