div id='header-inner'>

7 Waktu Disunnahkan Pakai Minyak Wangi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Waktu Disunnahkan Pakai Minyak Wangi | Minyak wangi, siapa tak suka kan… Zaman sekarang banyak minyak wangi dijual dalam pelbagai bentuk… Sampaikan dalam poket pun boleh selit minyak wangi.

Menggunakan minyak wangi dalam Islam sangat dianjurkan, sebab hal tersebut bagian dari usaha menjaga kebersihan dan keindahan. Allah sangat suka dengan hal-hal yang berbau harum, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, ”Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai  orang-orang yang menyucikan diri.”(QS.2:222).

Ayat ini secara tidak langsung menyuruh kita untuk selalu menjaga diri dari hal-hal yang kotor, seperti bau badan kerana peluh atau debu, pakaian bersih dan sebagainya dan minyak wangi adalah salah satu cara untuk menghilangkan peluh dan debu.

Nabi juga pernah bersabda yang ertinya, ”Aku diberi kesenangan di dunia ini, iaitu wanita, harum-haruman, dan kesejukan mata dalam sembahyang" (HR.an- Nasa’i).

Bayangkan, Nabi sendiri menganggap harum-haruman (minyak wangi) sebagai sesuatu yang menyenangkan. Kerana itu hendaklah kita berusaha untuk mengharumkan diri dengan aroma  minyak wangi dan jangan menolak bila orang lain memberikannya kepada kita, ”Siapa yang diberi harum-haruman hendaknya jangan menolak, kerana sesungguhnya ia adalah ringan bebannya dan harum baunya.” ujar Nabi seperti yang terdapat dalam HR.Ahmad bin Hanbal, Abu Daud dan an-Nasa’i.

7 Waktu Disunnahkan Pakai Minyak Wangi

Waktu Disunnahkan Memakai Minyak Wangi

1.  Ketika hendak pergi solat Jum’at

Sabda Rasulullah “Alangkah baiknya jika salah seorang diantara kamu membeli dua pakaian untuk hari Jum’at, selain  untuk pakaian kerja” (HR. Ibnu Majah dan Abu Daud)
Hadis ini diperkuat lagi dengan sabda lain yang berbunyi, ”Hendaknya setiap muslim mandi pada hari Jum’at, kemudian memakai pakaian yang terbaik, dan jika ia mempunyai wangi-wangian, maka hendaklah ia memakainya.”(HR.Ahmad bin Hanbal)

2. Untuk mengharumkan Masjid

 Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan. ”Rasulullah saw pernah menyuruh mendirikan masjid di kampung dan meminta supaya dibersihkan dan diberi yang harum-haruman.” ( HR.al- Bukhari,Muslim at-Tirmidzi, dan Abu Daud).

3. Untuk mengharumkan Ka’bah

Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan. ”Berilah Baitullah itu wangi-wangian kerana yang demikian itu termasuk usaha membersihkannya”. (HR.Ahmad bin Hanbal).

4. Ketika hendak memulai Ihram (Haji dan Umrah)

Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan, “Aku pernah memberi wewangian kepada Nabi saw ketika (hendak) Ihram dengan minyak yang paling harum”. (HR al-Bukhari dan Muslim).

5. Ketika akan solat hari Raya (Idul Fitri dan Idul Adha) 

Sabda Nabi, ”Rasulullah saw menyuruh pada dua hari raya agar memakai pakaian yang terbaik yang dia punyai dan memakai wewangian yang terharum dia peroleh, serta berkorban dengan (haiwan) terbaik yang dia dapatkan”. ( HR. al-Hakim).

6. Memakaikannya pada badan mayat yang wafat tidak dalam keadaan ihram, yakni setelah selesai dimandikan

Sabda Nabi, ”Rasulullah saw datang kepada kami ketika puterinya meninggal dunia, lalu ia bersabda, Mandikanlah ia tiga kali, lima kali atau lebih dari itu, dan yang terakhir campurlah dengan kapur barus atau sedikit kapur barus. Kemudian jika kamu telah selesai beritahulah saya, sesudah kami memandikannya, kami beritahukan kepadanya, lalu beliau memberikan sehelai kain kepada kami, seraya beliau bersabda, ”Pakaikanlah kain itu padanya”. (HR.al-Jamaah).

7. Untuk wanita yang baru selesai haid

Aisyah binti Abu Bakar berkata, ”Seorang perempuan dari kaum Anshar bertanya  kepada Rasulullah mengenai cara mandi sesudah haid, Rasulullah bersabda, ”Ambillah sedikit kasturi (minyak wangi), lalu engkau gunakan untuk bersuci (HR.al-Jama’ah kecuali at-Tirmidzi).

Waktu Dilarang Memakai Minyak Wangi

Selain itu, Nabi juga melarang kita menggunakan minyak wangi sembarangan. Ada saat-saat tertentu dimana kita dilarang menggunakan minyak wangi, iaitu:

1. Memberikannya pada badan  mayat yang wafat ketika Ihram

Ibnu Abbas meriwayatkan, “Tatkala seorang lelaki wukuf bersama Rasulullah di padang Arafah, tiba-tiba ia jatuh dari kenderaannya yang mengakibatkan  tulang lehernya patah dan kemudian ia wafat. Peristiwa itu disampaikan kepada Nabi, lalu beliau bersabda “Mandikanlah dengan air dan bidara, dan kafankan dengan kedua  pakaian ihramnya. Janganlah kamu beri wewangian dan jangan kamu tutup kepalanya, kerana Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan ihram.” (Ha.al-Jama’ah).

2. Ketika sedang Ihram

Ulama sepakat mengatakan bahawa memakai wewangian selama ihram tidak dibolehkan, Namun menurut Hadis  Nabi,  tidak mengapa kalau sekadar mencium wewangian yang datang dari arah lain atau badan orang lain (HR.al-Bukhari).

3. Bagi  wanita  yang sedang berkabung

Nabi bersabda, “Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat berkabung  lebih dari tiga hari kecuali terhadap suaminya, maka isteri saat itu tidak boleh bercelak, tidak boleh memakai pakaian yang bagus, dan tidak boleh memakai wewangian.” {HR.al-Bukhari dan Muslim).

Wangian Bagi Lelaki

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: Wangian lelaki apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (HR Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian Bagi Wanita


Diluar rumah atau bersama orang yang bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yang bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (HR Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Oleh tu, berwangi-wangianlah mengikut sunnah, agar beroleh pahala…

Rujukan: Internet dan kitab fiqh wanita

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)