Akhirnya Jumpa Juga Template Yang Berkenan di Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah.. Akhirnya berakhir juga setup template blog... Cukuplah sampai di sini... Akhirnya jumpa juga template yang senang di mata dan di hati..

Keputusan untuk ubah template blog sejak awal tahun dulu... Template yang paling lama MF guna ialah Responsive Template Maxxis... 2 tahun lebih guna template tu...

Selepas tu mula nak tukar selera... Nak up to date sikit... Ikut perkembangan gaya template blog terkini... Mula cuba macam-macam template...

Puas mencari ada sahaja yang tak berkenan... Ubah sana sini... Ada saja tak kena...

Lepas lulus adsense lagilah pening sebab tak semua template mesra adsense...

Dalam proses mencari tu, dalam masa yang sama cuba selesaikan masalah adsense sendiri... Tanya orang itu ini tiada kesudahan.. Akhirnya usaha sendiri... Dapat Juga tembus untuk hantar terus email kepada pihak adsense... Tak sampai 24jam akhirnya masalah selesai...

Bila selesai adsense, semangat nak cari template blog yang berkenan tu lagi membuak-buak...

Semuanya MF buat sendiri secara berperingkat... Tak pulun satu malam atau satu hari... Buat bila ada masa dan sambil layan anak-anak je...

Kenapa tak upah orang? Itulah masalah MF... Bila sesuatu benda tu MF reti buat sendiri.. MF akan cuba buat sendiri... Sebab mencari kepuasan diri tu.. Bila berjaya kita akan rasa happy lain macam...

Setelah selesai adsense... Mencari pelbagai jenis template.. Akhirnya buat keputusan untuk cari template jenis magazine.. Sebabnya magazine lebih sesuai dengan content blog MF yang pelbagai dan campur aduk pelbagai info... Tapi nak setup template jenis ni agak mencabar.. Nak cari yang ringan loading dan mudah setup tu memang payah... Namun, akhirnya MF jumpa juga...



Alhamdulillah.. Mudah setup... Dan MF ubah warna, template asal dan beberapa font dan warna asal template ni...

Biasa MF akan letak warna purple, biru atau hijau... Kali ni MF guna dua kombinasi warna untuk template kali ni.. Warna peach dan purple biji gemia... Pastu Google la purple biji gemia tu camne... Hehe...

Alhamdulillah..  Template ni juga mudah untuk setup iklan... Sebab ruang widget yang banyak dan mudah diubah... Semua iklan adsense, innity dan nuffnang kembali berlegar di ruang muka Blog tanpa menyusahkan pembaca... Siapa sudi, klik lah ye..

Template ni juga memang responsive sebab hari pertama setup template ni masuk... Mencanak pageview... Dari tak sampai 10k, terus ke 14k... Alhamdulillah.. Memang puas hati dah...

Bila dah puas hati.. Tak nak fikir dah pasal template... Lepas ni fikir untuk maintain kan update blog aje la...

Moga pembaca dan pengunjung blog ni puas hati dan juga selesa dengan template baru kali ni... Terima kasih sudi singgah baca dan tinggalkan komen di blog ini... Sokongan korang memang amat dihargai... 

Berlangganan update artikel terbaru via email:

9 Responses to "Akhirnya Jumpa Juga Template Yang Berkenan di Hati"

  1. Cantik sangat.. Bukak dekat fon senang.. Hehehe.. Tahniah MF 😁

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. cantik kak.. peach n purple tp sebab guna fon CT nampak sikit ja hihi..

    BalasPadam
  3. Cntik template tu kak..responsive dan mobile friendly

    BalasPadam
  4. template yg kemas dan cntik.. teruskan berbloging akak. :)

    BalasPadam
  5. Assalam... menarik template ni. Nampak kemas, teratur dan bertenaga.. salam berblogging :)

    BalasPadam
  6. warna yang lembut.
    Cantik

    BalasPadam
  7. Cantik. Cikla pun baru tukar template.. Hehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel