GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

20 Perkara Yang Membatalkan Syahadah, No. 3 dan 19 Ramai Yang Buat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


20 Perkara Yang Membatalkan Syahadah, No. 3 dan 19 Ramai Yang Buat! 


1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah

2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.

4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia; bukannya mengikut kehendak Allah

5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya

6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara.

7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya.

8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul

9. Menghina sesuatu daripada kitab dan sunnah atau orang-orang alim yang menegakkan atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah.

Misalnya hukum menutup aurat... Hukum korban.. Sekarang banyak kan pertikai hukum yang Allah tentukan... Dengan mengatakan hukum tutup aurat tu satu jenayah la... Korban itu kejam lah dan macam-macam lagi.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Menganggap satu maksiat itu biasa.. Dengan mengatakan "alah, biasalah couple anak muda sekarang", "alah... Trend.. Relax la"... Hati-hati dengan kata-kata itu....

20 Perkara Yang Membatalkan Syahadah, No. 3 dan 19 Ramai Yang Buat!
Sumber: Google image 

11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah.

12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang yang beraqidah dan mukmin

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah S.A.W.

14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

Berleluasa juga sekarang kan.. Nak tegakkan yang hak tu nanti kena kecam.. Jadi semua nak bersangka baik.. Perkara maksiat pun nak bersangka baik...

15. Menyatakan ayat-ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu, isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh sesetangah orang melalui ilham

16. Tidak mengetahui mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya

17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulullah S.A.W. dengan betul atau menafikan sifat-sifat yang diberikan Allah kepada baginda

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka

19. Membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah.

Ini yang ramai buat tanpa sedar.. Na'udzubillah...

20. Syirik kepada Allah.
Menduakan Allah dengan sesuatu...

Disediakan oleh :
Unit Aqidah dan Syariah
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Agama Islam Pahang

Sumber: Telegram channel 

0Ulasan