GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Tips Rekabentuk Dapur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Tips Rekabentuk Dapur | Dapur, satu side yang paling penting dalam sebuah rumah. Kecil macam mana pun rumah, pasti ada dapur. Dapur kan tempat makan... Jadi, sememangnya penting demi keselesaan dan kekenyangan perut... hehe...

MF, masa memula masuk rumah sendiri yang telah suami beli memang idamkan dapur yang luas dan selesa. Alhamdulillah, selepas pindah kami memang renovate besarkan dapur untuk menaikkan semangat memasak.

Sebagai suami prihatin, wajib sediakan dapur yang selesa dan lengkap sebagai motivasi kepada isteri untuk rajin memasak. Itu cara psikologi kepada isteri yang kurang gemar ke dapur....

Berikut MF kongsikan, 10 Tips Rekabentuk Dapur dengan ciri-ciri yang terbaik.

10 TIPS REKABENTUK DAPUR



Tips Reka Bentuk Dapur Idaman

1. Rekabentuk yang selesa

Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau 'campak campak' boleh jadi sedap bukan kepalang.

2. Ruang tingkap untuk pencahayaan

Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.

3. Pengudaraan yang baik

Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.

4. Lantai yang tidak licin

Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.

5. Ada serombong asap

Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita

6. Gadjet dapur untuk digunakan

Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur.

7. Pilih warna skema

Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.

8. Prinsip golden triangle

10 TIPS REKABENTUK DAPUR

Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.

9. Kitchen top tahan lama
Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.

10. Cukup satu dapur sahaja

Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan.

Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita.

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad

Menarik bukan... Jadi, semoga dengan tips ini membuatkan kita lagi bersemangat untuk memasak dan menyediakan juadah untuk seisi keluarga. 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ