GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Zionis Halang Rakyat Palestin Guna Masjid al-Aqsa, Apa Kita Nak Buat?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zionis Halang Rakyat Palestin Guna Masjid al-Aqsa, Apa Kita Nak Buat? | Sedang kita sedang bergembira... menyambut hari-hari akhir Syawal... Masyarakat Islam di Palestin sedang berjuang bermatian untuk pertahankan masjid al-Aqsa...


Zionis mula menunjukkan kekejaman dengan menghalang dan mengadakan sekatan ke atas umat Islam dari menggunakan masjid al-Aqsa.




KENYATAAN AMAN PALESTIN BERHAD MENGUTUK PENCABULAN AL AQSA OLEH ISRAEL

21 JULAI 2017 / 27 SYAWAL 1438 H

Aman Palestin Berhad mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan berterusan Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa sehingga ke hari ini. Tindakan mereka yang semakin melampaui batas dengan mengenakan pelbagai prosedur yang sangat ketat ke atas umat Islam Palestin khususnya dalam menunaikan ibadah di Masjid Al-Aqsa adalah disifatkan tidak berperikemanusiaan dan mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Amarah umat Islam juga semakin bertambah rentetan pencerobohan 70 pendatang haram Yahudi Zionis ke perkarangan Masjid Al- Aqsa melalui pintu Al Magharibeh sehingga menyebabkan kematian tiga warga Palestin. Bukan setakat itu sahaja, umat Islam di sana telah dilarang untuk menunaikan solat Jumaat, tidak dibenarkan untuk melaungkan azan dan solat berjemaah di masjid itu selama beberapa hari.

Yahudi Zionis  juga dengan biadapnya mengenakan prosedur yang lebih ketat lagi ke atas warga Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa dengan memasang pagar-pagar elektronik yang dilengkapi alat pengesan metal. Tindakan ini mengundang kemarahan seluruh umat Islam kerana Israel secara jelasnya telah melanggar hak kebebasan untuk beribadah di masjid yang dimiliki oleh umat Islam sendiri. 

Justeru itu Aman Palestin Berhad melancarkan Kempen Aqsa Solidariti Ummah; #denganjiwa #dengandarahkami bagi menyeru seluruh umat Islam untuk mempertahankan maruah dan kesucian Al- Aqsa dari terus dicabuli oleh rejim Zionis. Kempen ini akan digempurkan dengan pelbagai medium seperti alam maya, radio, tv dan penganjuran beberapa siri jelajah bagi memberi kesedaran serta membangkitkan rasa tanggungjawab kepada umat Islam ke atas apa yang sedang berlaku ke atas Masjid Al- Aqsa.

Kempen Aqsa Solidariti Ummah ini juga dijangka berada di kemuncaknya pada 5 Ogos 2017 di Dataran Perbadanan Putrajaya, Presint 3 dengan mengalu-alukan kedatangan semua rakyat Malaysia untuk berhimpun dan bersama-sama dalam memberi sokongan kepada Aman Palestin untuk memperjuangkan isu ini. 

Bersempena musibah yang melanda Masjid Al- Aqsa ini juga, Aman Palestin turut melancarkan Kempen Jom Menyumbang RM50 untuk tujuan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang mempertahankan kesucian Masjid Al- Aqsa. Jom Menyumbang RM50 ini mensasarkan penyertaan sumbangan oleh 1.8 juta rakyat Malaysia, dan akan disalurkan untuk menampung kos sara hidup kepada kumpulan-kumpulan Murabbitin (rakyat Palestin yang mempertahankan Masjid Al- Aqsa), membayar gaji kepada penjaga-penjaga Masjid Al- Aqsa serta menampung pembayaran cukai-cukai pintu yang sangat tinggi yang dikenakan oleh pihak Zionis ke atas warga Palestin yang tinggal di sekitar Baitul Maqdis.

Justeru itu, Aman Palestin merayu dan menyeru kepada semua lapisan masyarakat, rakan-rakan wartawan untuk bersama-sama kami dalam memperjuangkan isu akidah dan maruah umat Islam ini. Kami juga menyeru kepada semua untuk turut bersama-sama berhimpun secara aman di Dataran Perbadanan Putrajaya Presint 3 pada 5hb Ogos 2017 bermula dari pukul 4.45pm bagi memberi sokongan dan solidariti kepada Masjid Al Aqsa dalam kempen Aqsa Solidariti Ummah #denganjiwa #dengandarahkami. Di antara pengisian yang akan disajikan pada hari itu adalah tayangan video, perkongsian dari selebriti terkenal tanah air, qasidah, solat isya berjemaah dan solat hajat perdana.

Ustaz Awang Suffian Awang Piut
Ketua Pegawai Eksekutif
Aman Palestin Berhad


KUALA LUMPUR: Aman Palestin Bhd melancarkan kempen menentang kekejaman zionis Israel susulan serangan dan penindasan yang semakin meruncing di perkarangan Masjid al-Aqsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Bhd, Awang Suffian Awang Piut, berkata Kempen Aqsa Solidariti Ummah #denganjiwa #dengandarahkami itu akan diperluaskan menerusi pelbagai platform, selain penganjuran siri jelajah.
Katanya, ia bagi memberi kesedaran dan membangkitkan rasa tanggungjawab umat Islam terhadap pergolakan di masjid berkenaan.
"Kemuncak kempen dijangka diadakan pada 5 Ogos ini di Dataran Perbadanan Putrajaya, Presint 3 dan rakyat Malaysia dialu-alukan berhimpun memberi sokongan memperjuangkan isu ini.
"Berikutan musibah melanda Masjid al-Aqsa ini, Aman Palestin turut melancarkan kempen 'Jom Menyumbang RM50' untuk membantu rakyat Palestin yang mempertahankan kesucian perkarangan masjid.
"Kita menyasarkan bantuan ini mendapat sambutan 1.8 juta rakyat Malaysia, sekali gus berupaya menampung kos sara hidup kumpulan murabit (rakyat Palestin yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa), membayar gaji penjaga Masjid Al-Aqsa dan membantu menjelaskan cukai pintu yang tinggi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Awang Suffian berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan berterusan zionis Israel terhadap Masjid al-Aqsa yang berleluasa sehingga ke hari ini.
Beliau menyifatkan sikap zionis mengenakan pelbagai prosedur ketat terhadap umat Islam di Palestin, khususnya dalam beribadat di masjid berkenaan sebagai melampaui batas dan perlu dihentikan.
"Tindakan seperti ini tidak berperikemanusiaan dan mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia rentetan pencerobohan 70 pendatang haram Yahudi zionis di perkarangan Masjid al-Aqsa melalui pintu Al-Maghribeh sehingga menyebabkan kematian tiga warga Palestin.
"Umat Islam di sana turut dilarang menunaikan solat Jumaat, selain ditegah melaungkan azan dan solat berjemaah di masjid berkenaan selama beberapa hari.
"Tindakan biadap ini semakin berlarutan apabila mereka mengenakan prosedur lebih ketat terhadap warga Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa dengan memasang pagar elektronik dilengkapi alat pengesan besi.
"Siri penindasan ini mengundang kemarahan umat Islam kerana Israel secara jelasnya melanggar hak kebebasan untuk beribadat di masjid yang dimiliki umat Islam sendiri," katanya.
# INFO
* Perhimpunan Kempen Aqsa Solidariti Ummah
- Dataran Perbadanan Putrajaya, Presint 3
- 5 Ogos 2017
- mulai jam 4.45 petang
- Tayangan video, perkongsian selebriti terkenal tanah air, qasidah, solat isya berjemaah dan solat hajat perdana.
Sumber: BH Online

Selain tu, jom ramai-ramai tandatangan patisyen sebagai tanda sokongan semua untuk menentang kekejaman Zionis yang mengadakan sekatan ke atas rakyat Palestin untuk menggunakan masjid al-Aqsa. 

Klik link dibawah untuk berikan tanda sokongan kita... Moga sedikit usaha kita ini, sangat bermakna untuk membantu kita ke syurga Allah. 

https://www.change.org/p/muslim-organisation-free-to-al-aqsa-for-all-muslim

Jika kita tak sokong siapa lagi? Ayuh, umat Islam bangkit dan bersatu lah... 
Bangun dari lena... Bantu saudara kita di sana... 

Umat Islam kat sana berusaha untuk mempertahankan agama, kita kat sini leka dengan nikmat dunia...

Yang mana boikot tu, moga terus istiqamah... moga usaha yang kecil tu, Allah berikan ganjaran yang besar di akhirat sana... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ