GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap | Anak bila makin membesar makin mencabar.. anak lelaki dengan gayanya, anak perempuan pula dengan gayanya... 

Cabaran utama bila semakin membesar ni ialah bila anak punyai kehendak sendiri dan kurang beri perhatian dan tak dengar cakap kita... MF tak suka guna istilah degil tu sebab nanti jadi doa pula kan... 

Rasa geram sedih dan terasa gagal jadi ibu bapa yang baik... Apa pun kena juga cari ilmu keibubapaan untuk atasi masalah yang dihadapi... 

Alhamdulillah... Terjumpa artikel yang ditulis oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad... Rasa bahagia sekejap sebab ada panduan untuk diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ni... 

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

BETULKAH ANAK SAYA DEGIL, NAKAL DAN TIDAK MAHU MENDENGAR CAKAP?
Untuk anak-anak usia 5 - 6 tahun?
Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

Ibu bapa seringkali salah faham dan mudah melabel anak-anak secara negatif. Apabila anaknya degil, maka pada anggapan ibu bapa ia adalah tingkah laku yang negatif. Sebenarnya, setiap tingkahlaku anak-anak berbeza sebab mereka akan membesar sebagai individu yang berbeza dari segi watak dan peribadinya.

Degil itu dilihat sebagai negatif disebabkan anak-anak tidak mendengar kata nasihat yang ibu bapa berikan. Sebaliknya, jika dilihat dari satu sudut lain pula, degil itu membuktikan bahawa anak-anak tetap dengan kemahuan dan pendiriannya. Sifat degil sebegini perlu ada jika anak mahu berjaya satu hari nanti. Kejayaan memerlukan seseorang itu berdepan dengan masalah, cabaran dan ujian. Hanya mereka yang degil sahaja yang mampu melepasi semua ini.

Oleh itu, adalah satu kesilapan sekiranya ibu bapa mahu agar sifat degil anak itu dibuang. Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan ialah menyalurkan sikap degil ini secara positif dan betul. Anak-anak yang masih kecil tidak mampu bezakan antara degil yang positif dan degil yang negatif. Maka adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantunya.

Anak yang degil biasanya menunjukkan tingkah laku berikut:

- Suka melakukan sesuatu ikut kehendaknya
- Tidak mendengar arahan atau nasihat
- Persisten dalam melakukan sesuatu hingga berjaya atau selesai - Menunjukkan sikap kepimpinan dan adakalanya macam bos
- Tidak bergantung pada orang lain
- Suka lakukan apa yang dilarang
Setiap kali anak menunjukkan sifat degil, lakukan langkah-langkah berikut:
- Hargai sifat semulajadinya yang degil itu.
- Banyakkan berkomunikasi dan tanya apa yang dia mahu lakukan atau capai
- Beritahu padanya, pasti dia gembira jika dia boleh lakukan sesuatu yang juga membuatkan kita
sebagai ibu bapa gembira
- Berikan dia alternatif untuk salurkan kehendaknya dalam situasi yang sesuai dan tidak
berbahaya
- Puji apabila dia mula mendengar nasihat atau cakap kita

Contoh:
Imran seorang anak yang keras hati (degil). Walau pun telah dinasihati banyak kali, dia tetap akan panjat tepi tangga untuk naik ke atas dan ini membahayakannya.

Ibu : Imran, ibu tahu Imran suka memanjat betul?
Imran : Betul ibu
Ibu : Ibu pun suka apabila Imran memanjat, ia menunjukan bahawa Imran seorang yang berani
dan sukakan cabaran. Agak-agaknya kenapa ibu selalu bising apabila Imran memanjat? Imran : Tak tahu.
Ibu : Cuba Imran fikir apa boleh berlaku jika Imran salah panjat atau terlepas tangan? Imran : Imran akan jatuh.
Ibu : Kalau jatuh sakit tak?
Imran : Sakit.
Ibu : Sebab itulah ibu bising, sebab ibu sayang Imran. Kalau Imran betul-betul suka memanjat ibu akan bawa Imran ke Mall pada hujung minggu ini, dan dalam tu ada tempat untuk kanak-kanak panjat-panjat. Di situ Imran boleh panjat sesuka hati, tetapi kena janji dengan ibu untuk tidak panjat tangga lagi, boleh?
Imran : Betul ker ni ibu?
Ibu : Betul ibu janji.
Imran : Yeay, ok Imran janji takkan panjat di situ lagi.
Ibu : Hah, macam itulah anak ibu. Ibu suka apabila Imran mendengar kata. (Sambil peluk atau usap kepalanya)

Contoh di atas jelas menunjukkan ibu menghargai kedegilan anak, menyatakan sebab kenapa dia dihalang untuk menerukan kelakuannya dan menawarkan alternatif baru untuk disalurkan kesukaan dan bakatnya. Akhir sekali, ibu memuji anak.

Dengan pendekatan sebegitu, anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kuat. Mereka memliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Kekuatan emosi membentuk anak-anak yang berakhlak mulia dan memiliki nilai moral yang tinggi. Mereka tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depannya. Mereka berfikir sebelum bertindak.

Sumber: Telegram Channel

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

InshaAllah.. akan cuba aplikasi ilmu ni... Memang mencabar sebab anak bila bersekolah dia dah ada kawan... Anak-anak zaman sekarang pula jenis kuat mengikut... Sekali dia tengok iklan, terus dia boleh ikut dan lakonkan semula apa yang dia tengok tu... Memang kebanyakan anak sekarang macam tu.. jenis visual... Sekali pandang terus melekat kat memori dia... 

Sebab tu kat rumah, kena kawal apa yang dia lihat... Tapi kalau kat luar macam mana kan... 

Moga artikel ini dapat bantu kita sebagai ibubapa mendidik dan mengasuh anak kita sebaiknya...supaya menjadi anak yang mendengar kata... 

MF fikir positif... Anak kita ni dia bukan degil atau tak dengar cakap... Tapi dia ada kehendak dan naluri dia sendiri... Sebab tu dia ikut kehendak dia berbanding kehendak kita... Jadi, kita  sebagai ibu bapa kena faham kehendak anak-anak dan didik ikut fitrah yang sepatutnya...berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah... InshaAllah... 

1Ulasan

  1. Anak memang banyak ragamnya. Nak kawal kadang-kadang sampai tak terkawal. Memang komunikasi tu penting. Tona suara bila kita bercakap pun kena ambil kira. Lagi tinggi suara kita lagi dia buat degil dia. Hihihi. Kena tackle diorang dengan benda yang diorang suka, kan.
    Semoga kita jadi ibu bapa yang anak2 akan sanjung &banggakan. inshaAllah.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ