div id='header-inner'>

SAKIT HATI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sakit hati, jika penyakit hati yang ada ubat boleh jumpa doktor, ni jika ada penyakit hati yang doktor pun tak boleh nak bagi ubat.. itu masalah... 

Masalah sakit hati ni... Agak melarat zaman sekarang ni... Kerana inilah realiti hari ini dalam masyarakat kita ini... 

[ TAZKIRAH HARI INI ] JANGAN SOMBONG

Ada orang bangga dengan suaminya...
akhirnya suaminya itu CURANG padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.

Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.

Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Habis herot. Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.

Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.

Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..                                      
Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik..

Ada sangka buruk..

😇Orang beribadah disangka riak

🚶Orang rileks disangka malas

👔Orang berpakaian baru disangka menunjuk

👕Orang berpakaian buruk disangka hina

🍴Orang makan banyak disangka pelahap

💃Orang makan sedikit disangka diet

😊Orang yang senyum disangka mengejek

😒Orang yang masam disangka merajuk

💬Orang berbincang disangka mengumpat

😶Orang yang diam disangka menyendiri

💁Orang yang menawan disangka menggoda

👯Orang yang ceria disangka mengada

😯Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat..

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap bersangka-sangka

‎"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai orang2 yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.." (Surah Al-Hujurat ayat 12)

(Dipetik daripada facebook Ustaz Hanafi)



Masa raya paling banyak penyakit buruk sangka ni... Sebab tu ramai yang dok update status pasal suri rumah yang ditanggung suami, suami isteri yang tak dikurniakan anak, sebabnya golongan memang stress hadap orang sentiasa berburuk sangka dan ada penyakit hati... 

Penyakit hati ni boleh diubati dengan zikir dan belajar ilmu tasawwuf... Perbaiki akhlak dan diri... Amal banyak tapi hati sakit pun tak bagus juga untuk amalan... Apatah lagi jika dengan penyakit sombong dan bersangka buruk ni... Antara dua penyakit hati yang akan menghapus amalan kebaikan yang dibuat... Kan ke sia-sia je kan... Jadi, sama-sama perbaiki hati... Banyakkan istighfar dan zikir... InshaAllah sama-sama kita muhasabah diri... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. moga di jauhkan dr penyakit hati nih... bahaya betul rasanya penyakit tu

    BalasPadam
  2. penyakit harilah yg paling susah nak jaga

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)