Histeria di Sekolah

Maria Firdz
2

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Histeria di Sekolah | Histeria di sekolah bukan sesuatu yang baru..  mana-mana sekolah boleh dikatakan pernah berlaku histeria di sekolah... Pengalaman MF Masa sekolah dulu ada cuma MF tak pernah kena... Tapi pengalaman semasa jadi guru memang kerap handle masalah Histeria... Bahkan hari pertama MF lapor diri sebagai guru dah kena berhadapan dengan histeria... 

Selama 3 tahun berturut-turut kena berhadapan dengan histeria di sekolah... Rehat 3 tahun.. tahun ke 7 kena hadap lagi tapi kat sekolah lain pula... Tambah pula MF ni Ustazah... Nak tak nak memang kena hadapi juga... Kena kuatkan semangat dan berani walaupun takdelah berani mana sebenarnya... 

Histeria di sekolah
Sumber: Google Images


Apa itu Histeria?

Histeria satu istilah yang sering digunakan oleh masyarakat melayu yang dirujuk sebagai penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhlus halus atau gangguan hantu. Masyarakat Melayu sering mengaitkan histeria sebagai satu gejala yang berlaku kepada seseorang melibatkan perubahan kelakuan fizikal seperti agresif, cepat marah tanpa sebab tertentu, tindakan fizikal yang melebihi kekuatan fizikal asal, menjerit, meraung dan menangis tanpa sebab. Kesemua tindakan ini merupakan tindakan luar biasa yang dilakukan akibat daripada gangguan dari kuasa luar (supernatural ghaib) keatas pesakit. 


Punca terjadinya histeria ialah :-


- Akibat sihir

- Kurangnya kasih sayang dan banyak masalah yang dipendam

- Saka iaitu warisan jin pendamping keluarga

- Sering lupa dan lalai dengan perintah ALLAH

- Kurang membaca doa tertentu sebelum melakukan aktiviti seperti membaca bismillah .

- Melakukan perkara yang disukai syaitan atau bercanggah dengan ajaran. Seperti suka buat kotor dan perkara yang melalaikan.

- Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri.

- Dendam, simpati atau cinta makhluk jin. Mungkin manusia itu suka mendedah aurat atau bertelanjang ketika bersendirian.

- Gangguan mental, emosi tak dapat dikawal dengan baik

Penawar Merawat Histeria

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Antara kaedah berkesan untuk merawat penyakit histeria ialah melalui :-

- Bagi individu yang diserang isteria haruslah diasingkan dan ditempatkan di bilik kosong kemudian rehatkan pesakit selama 10 minit sambil dipantau oleh 2 individu lain. 2 orang tu mesti orang yang kuat semangat.


- Azan sebanyak 3x pada telinga kiri pesakit bagi melemahkan terlebih dahulu kekuatan jin pengganggu.


- Ambil sebotol air minuman dan buka penutupnya kemudian pegang ubun-ubun pesakit histeria dan bacakan ayat kursi sebanyak 7x lalu ditiupkan kearah ubun-ubun pesakit dan air mineral tersebut.


- Separuh daripada air tersebut diberikan kepada pesakit untuk minum dan separuh lagi dicampurkan dengan sebesen air paip serta sekilo ais, lalu jirus kepala pesakit perlahan-lahan.


PERINGATAN! Dilarang menyeksa jin pengganggu dengan menekan-nekan jari ataupun tubuh pesakit kerana ia akan membuatkan pesakit kerasukan lebih lama.



Menurut Dr Mahyuddin, sebenarnya histeria boleh disebabkan oleh dua faktor iaitu a) Gangguan makhluk halus dan alam ghaib; b) Masalah dan tekanan psikologi.

A) Gangguan makhluk halus dan alam ghaib

Yang dimaksudkan dengan makhluk halus tu ialah makhluk yang dicipta oleh Allah SWT tanpa berjisim, yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya iaitu alam ghaib dan asal kejadiannya daripada api yang tidak berasap.

“Jin terdiri dari tiga golongan: Golongan yang bersayap terbang di udara, golongan yang berupa ular serta anjing dan golongan yang menetap dan berpindah randah.” – Dr Mahyuddin Ismail dipetik dari mahyuddin09.blogspot.my

Menurut Ustaz Harun Din, manusia ni jangan takbur sangat dengan mahkluk-makhluk lain:

“Ketakburan menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus.” – Ustaz Dato’ Dr Haron Din, dipetik dari kuliahharundin.blogspot

Menurut Mufti Selangor pulak, kalau takut sangat pun tak boleh jugak sebab akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Bekas pensyarah UKM yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin, histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah dan berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Contohnya permainan spirit atau ganggu tempat dia tanpa sengaja.

Tersalah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional dan ‘menurun’ juga boleh menyebabkan gangguan histeria. Jin memang boleh meresapi manusia. Ia boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia dan itu akan menyebabkan tingkah laku mangsa menjadi tak normal.


Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat. Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari. Ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

B) Masalah psikologi dan tekanan perasaan

Stress juga menyumbang kepada terjadinya histeria. Pakar-pakar psikologi mengkategorikan histeria sebagai penyakit psikiatri yang dikenali sebagai somatoform disorder.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar. Ia berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” – Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, dipetik daripada MyDrPsych.com. 

Sumber: soscili.com, sensasi.org

Jadi, histeria ni ada dua... Sama ada memang betul kena ganggu dengan makhluk halus atau hanya mainan psikologi... Biasanya Histeria jadi merebak di sekolah tu sebab mainan psikologi... Mungkin seorang dua je yang betul-betul kena ganggu, tapi bila dia dengar kawan dia menjerit mulalah rasa takut dan turut menjerit.. sebab tu boleh merebak sampai satu sekolah... 

Nak handle histeria kena kuat semangat... Kadang kita sebagai cikgu pun boleh meremang bulu roma juga... Tapi bacalah apa yang patut dan kuatkan semangat dengan zikrullah. 

Normally, pelajar yang mudah kena histeria pelajar yang sering ada masalah dalaman... Tak kuat rohani dan kurang penghayatan agama dalam diri... Apa pun, setiap orang... Tak kira guru, ibu bapa atau pelajar perlu bersedia dan peka dengan histeria di sekolah... Elakkan perkara yang melalaikan dan jaga adab di tempat orang... Sebab histeria bukan sahaja boleh berlaku di sekolah tapi di mana sahaja... Kerana gangguan makhluk halus dan psikologi ni tak kira tempat dan masa... 

Semoga entry ini bermanfaat untuk semua... 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. seram lak baca psl histeria nih...

    nsb lah sepanjang akak belajar kt sekolah menengah or kt U tak penah terjd kes gini pd akak atau dekat2 akak... udahla kite ni jenis penakut...

    apa pun yg akak selalu ingat, atuk akak selalu pesan, bila kt mana2 jgn belagak, kalau kt mana2 pun jgn terlampau sgt, jgn ketawa kuat2, jgn melebih2... sederhana je

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !