Hari Ini dan Esok!

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hari ini masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah

Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah. 

Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah

Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah

Hari ini berpakaian baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah

Hari ini berpijak di atas tanah 
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah

Hari ini berkenderaan serba mewah
Mungkin esok hanya ada kereta jenazah

Hari ini janganlah bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah

Hari ini Banyakkan doa dan harap pada Allah
Semoga esok hidup dalam redha Allah

Hari ini kuatkan taat , amal ibadah
Moga esok masih istiqamah

Hari ini andai datang ketentuan Allah
esok terimalah ia dengan tabah

Hari ini andai ada silap dan salah
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.

Hari ini kita dalam taqdir Allah
Besok hari hanya dalam ilmu Allah. 

Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah. Amin..

Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM

Sumber: Google Images

Jangan tunggu esok untuk buat baik... Kerana kita tak tahu apa akan jadi esoknya... Masih adakah esok untuk kita... 

Kalau dah niat nak pakai tudung hari ini... 
Jangan tunggu esok... 

Kalau dah niat nak istiqamah dengan solat...
Buat hari ini, jangan tunggu esok... 

Sebab kita tahu apa rencana Allah untuk kita esok hari... 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !