GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Perkara Ibu Bapa WAJIB Ulang Cakap Pada Anak Setiap Hari!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Perkara Ibu Bapa WAJIB Ulang Cakap Pada Anak Setiap Hari! | Jadi ibu bapa ni mudah... Setakat dugaan masa mengandung dan melahirkan itu biasa... Tapi yang lebih mencabar ialah mendidik dan mencorakkannya sepanjang usia... 

Anak di usia kecil ini, ada 3 benda kita kena cakap hari-hari.

1. Peraturan
2. Tanggungjawab
3. Adab

A. Peraturan 
Contohnya, lepas mandi sidai tuala. 
Baju kotor masuk bakul. 
Lepas makan, pinggan bawa ke sinki. 
Lepas keluar tandas, lap kaki bagi kering.
Bangun pagi berus gigi.
Balik sekolah, sidai baju di penyidai.
Hari-hari kena ulang. Akhirnya akan menjadi tabiat yang baik.
Di antaranya, suami saya selalu susun pinggan dan lap meja lepas makan. Sampai ke kedai pun dia buat. Anak-anak perhati dan buat. Selain lebih kemas, memudahkan pekerja kedai.
Peraturan sebagai memudahkan kerja seharian dan mencantikkan aliran dalam hidup.

B. Tanggungjawab
Contohnya solat. Tanggungjawab sebagai Muslim. 
Tanggungjawab sebagai anak, pastikan ibu bapa cukup lengkap keperluan. 
Tanggungjawab sebagai suami, perlu isi roh Islam dan tunaikan nafkah isteri dan anak-anak.
Tanggungjawab jika tak dilaksanakan, boleh jatuh kepada dosa.

C. Adab
Contohnya sebelum makan baca doa. Selepas makan baca doa. 
Cakap dengan orang lebih tua dengan lembut. Lalu di belakang, sambil membongkok badan, bukan lalu di hadapan. Semasa orang tua sembang, tidak boleh menyampuk.
Makan dengan tangan kanan. 
Masa makan, tak boleh banyak cakap.
Orang bagi barang, ucap terima kasih.
Bila buat salah, minta maaf.
Adab ni banyak. Tapi jika anak-anak tak buat, tidaklah sampai berdosa. Tapi orang yang tak beradab Allah tak suka, Nabi SAW tak suka dan orang pun tak suka...

Tiga benda ini harus diulang setiap hari. Biar jadi roh dan isi.

Sumber: telegram



Itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa... Jangan jemu ulang perkara yang sama setiap hari... Supaya terpahat di ingatan, dijadikan amalan yang sebati dalam kehidupan anak-anak... 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya... Gunakan konsep ini.. jangan anggap anak kecil itu biasa... Tapi didiklah setiap hari agar dia terbiasa dengan perkara yang betul... Jika dah jadi rebung tiada gunanya... Tapi konsep yang lebih mudah... Kepimpinan melalui teladan... Anak-anak cerminan daripada ibu bapa.. mereka melihat apa kita buat, mereka dengar apa kita cakap dan mereka boleh tiru apa kita pertontonkan kepada mereka setiap hari... Jadi... Buat yang baik-baik, cakap yang baik-baik supaya anak kita lebih mudah dididik... InshaAllah... 

Jom sama-sama kita praktikkan... Supaya dapat melaksanakan amanah Allah ini dengan sebaiknya... Ameen...

1Ulasan

  1. betul tu...budak2 ni cpt lupa..memang kena ingatkan sllu smpai diorang dah terbiasa

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ