Ticker

6/recent/ticker-posts

Zikir Amalan Untuk Menikmati Keseronokan Ketika Bekerja dan Mencari Rezeki

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zikir Amalan Untuk Menikmati Keseronokan Ketika Bekerja dan Mencari Rezeki | Semalam sempat melayan satu telemovie di TV al-Hijrah. Tapi tengok tak habis sebab dah mengantuk dan memikir nak kerja esok hari... 

Ada sesuatu ilmu menarik untuk Mf kongsikan yang MF dapat dari telemovie itu, ialah satu  zikir amalan untuk menikmati keseronokan ketika bekerja dan mencari rezeki... 

Menarik untuk dikongsikan sebab majoriti hari ni ramai juga para guru terutamanya yang baru mula kerja kan.. Jadi, jom amalkan zikir mudah ini setiap hari untuk kita mencapai keseronokan ketika bekerja dan dipermudahkan urusan kerja kita... 


Zikir Amalan Untuk Menikmati Keseronokan Ketika Bekerja dan Mencari Rezeki

Zikir ini biasa orang baca sebab nak melindung diri dari sihir, santau dan ilmu yang tak baik... Tapi ada khasiat lain jika kita amalkannya.. 

Zikirnya ialah.. 

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ 
وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dengan nama Allah yang bila namaNya disebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

Hadis sahih mengenai khasiat amalan zikir ini:

عن عثمان بن عفان يقول، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم يضره شيء [رواه الترمذي (حديث رقم 3388) واللفظ له، وقال هذا حديث حسن صحيح غريب، وأبو داود (5088)، وابن ماجه (3869) وغيرهم، وصححه الألباني]ـ

Dari Utsman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Orang yang membaca -zikir ini- setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali, tidak akan ada sesuatu yang membahayakannya” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)

Jadi, amalkan zikir ini sewaktu perjalanan menuju ke tempat kerja... sambil drive ke menunggang motosikal ke kan... baca lah zikir ini.. insha Allah, akan rasa selamat dan semangat yang lain dari yang lain... 


Selamat bekerja semua... moga dipermudahkan urusan kita semua... insha Allah.. 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. zikir ni selalu bukak kat rumah,masukkan dalam pendrive anak untuk menonton didi dan lain-lain..Sambil tu,masukkan jugak zikir-zikir ni.dalam pada tak langsung,kita pun akan ikut dan ingat...thanks maria atas perkongsian

    BalasPadam
  2. tq share..selamat hari raya buat maria sekeluarga

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^