GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Minuman Yeo's Pilihan Utama Untuk Berbuka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minuman Yeo's Pilihan Utama Untuk Berbuka | Dalam banyak-banyak menu, air adalah pilihan utama ketika berbuka... Lepas minum air, baru rasa lega... Kemudian barulah ambil kurma dan kuih sebagai pelengkap ketika berbuka. Tapi yang paling penting air dulu. 

Dalam banyak-banyak air, kami sekeluarga suka air Yeo's... Sebabnya rasa air tu original... Bukan perisa dan perasa. 


Minuman untuk berbuka puasa

Macam Teh bunga Yeo's ni, rasanya memang menyegarkan tekak... Kurang manis dan memang sedap tambah-tambah kalau minum sejuk. 

Minuman soya juga salah satu minuman feveret kami sekeluarga... Kalau tahun-tahun dulu Yeo's akan keluarkan minuman khas iaitu Soya Cincau Yeo's tapi dua tahun ni macam takde dah... Kalau nak kena beli asing-asing lah... 

Antara susu soya biasa dan susu soya hitam, MF lebih suka susu soya hitam sebab lebih pekat dan rasa soya sejati... Kadang sampai tambah air sejuk sikit sebab pekat sangat. 

Daripada​ beli minuman di bazar... MF suka beli minuman kotak dari Yeo's... Memang ada pengawet tapi sama aje di bazar kan.. diorang mungkin guna air paip air buat air... Lagipun lebih rasa gula je kan... Susah nak jumpa peniaga air yang betul-betul berniaga ni... Kalau ada .. moga lapang rezeki dia.

Lagipun Yeo's dijamin halal dan sedap... Mungkin orang kata tak bagus... Tapi bukan minum selalu sesekali sahaja di bulan puasa... Minum dan makan apa sahaja asalkan tak berlebih... InshaAllah ianya berkhasiat dan bermanfaat... 

5Ulasan

  1. saya pulak jarang minum manis time bulan puasa..suka air kosong

    BalasPadam
  2. Air dijamin bersih berbanding air di Baazar Ramadan..

    Harga pun lebih kurang sama..

    BalasPadam
  3. Tahun nie, belum sempat lagi berbuka dengan Yeos.... T-T

    BalasPadam
  4. samalah MV pun suka yeo's..mcm anak2 suka air bunga

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ