بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Isomil Plus Susu Alternatif Untuk Bayi Alah Susu Lembu | Lain anak lain ragam, lain cabaran dan lain juga rezekinya.... Begitulah cabaran anak ketiga yang kami suami isteri hadapi dengan anak ketiga ni... Boleh dikatakan dugaannya agak hebat berbanding anak pertama dan kedua hingga pernah rasa serik juga nak tambah anak dalam masa terdekat... Tapi itu hanya kata dan perancangan kita.. tapi Allah yang Maha Kuasa.
Anak ketiga ni cabarannya hebat sejak mengandung lagi... Awal kehamilan hingga usia kandungan lebih empat bulan melepek je sebab evening sickness. Bila dihujung kehamilan diuji pula dengan air ketuban lebih... Ini lain kalilah MF kongsikan ilmu dan pengalaman ya...
Bila melahirkan.. alhamdulillah dipermudahkan... Sejak dari dalam kandungan lagi memang niat menyusu badan hingga dua tahun... Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya... Susu badan hanya cukup untuk usianya enam bulan...
Masuk tujuh bulan susu badan makin berkurangan.. pelbagai usaha dan petua MF buat, bahkan macam-macam produk untuk tambah susu MF usahakan tapi itu hanya ikhtiar kita.. yang mengizinkannya Allah... jadi dengan redha dan pasrah cari susu formula dulu dan dalam masa yang sama cari juga ibu susuan... Susu pertama dicuba ialah susu Dutch Baby... Alhamdulillah baby minum... Tapi rupanya tak serasi... Dia alah.. tak sampai 15 minit selepas minum terus muntah semula... Tiga kali cuba, tiga kali macam tu... Maknanya memang tak sesuai susu lembu dengan badan dia...
Alhamdulillah.. dalam masa yang sama dapat ibu susuan ... Rakan Facebook merangkap rakan blogger juga sudi bagi susu... Selepas beberapa halangan dan cabaran... Dapatlah susu dari ibu susuan dari Kuala Lumpur... Pos guna bas... Alhamdulillah...
Namun, susu tu hanya bertahan dua minggu... Selepas dua minggu.. nampak kena juga cari alternatif lain selain susu lembu... Lepas tanya rakan-rakan Facebook.. ramai juga cadangkan susu Isomil Plus...
Hari tu juga suami carikan susu Isomil Plus.. alhamdulillah ada jual di farmasi dekat dengan rumah kami ni... Alhamdulillah juga, baby terima susu ni dengan baik.. tiada alahan dan dia suka...
Alhamdulillah... Kini dah habis pun setin kecil... Susu ni memang mahal .. setin kecil 400gram pun dah harga RM36.90, tapi demi anak, insha Allah.. yakin aje dengan rezeki Allah tu... Dan alhamdulillah juga berat badan dia nak nampak naik semula... Sebelum ni beratnya tak naik banyak... Bahkan boleh dikatakan agak perlahan la sebab tak cukup susu...
Alhamdulillah... Itulah... Redha je la tak dapat nak susu penuh dengan susu badan hingga dua tahun... Perancangan Allah itu lebih baik... Walaupun dah campur susu Alhamdulillah dia tetap manja... Yang penting sihat dan aktif.
Alhamdulillah... Susu Isomil Plus berasaskan soya yang juga kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak... Sesuai untuk bayi yang alah susu lembu... Memang kuat bau soya susu ni... Apa pun ... Sedap je tengok dia minum habis dan habis... Alhamdulillah...
Moga Allah pelihara anak-anak amanah Allah ini sebaiknya... InshaAllah...
anak akak yg sulung pun guna susu ni masa baby,mahal memang mahal,bau pun kurang enak..heheh..last2 masa babah terbeli susu similac terus serasi smpi umur setahun...
BalasPadamanak kedua,dapat susukan dia sampai 8 bulan je..lepas tu memang susu drop..malam pun takat dapat mengempeng je,..last-last terpaksa campur susu dan kekal terus dugro sampai sekarang.
apa pun kita dah cuba sedaya upaya..kadang2 jeles tgk kawan2 yng dpat menyusukan anak diorang penuh
in shaa Allah :-)
BalasPadammoga baby MF terus sihat & serasi 😍.
Alhamdulillah.. Rezeki anak dapat susu ibu setakat tu ja..yg penting dah usaha tuk susukan anak selama mungkin.
BalasPadam