بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
JANGAN MENANGGUH MEMBUAT AMAL IBADAT, AMAL KEBAJIKAN DAN AMAL KEBAIKAN.
Menangguh merupakan satu sifat yang tidak digalakkan dalam Islam terutama dalam membuat amal ibadat kerana sifat yang suka menangguhkan ini merupakan perangkap syaitan. Kita tidak pasti bilakah ajal dan maut menjemput kita. Contoh: menangguhkan solat Isyak, kita tidur dulu sebelum solat. Adakah kita pasti bangun untuk solat Isyak atau adakah kita pasti masa kita tidur itu, kita akan bangun?
Allah Ta’ala berfirman :
Maksudnya: “Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) lalu berkata: “Bukankah kami dulu bersama-sama dengan kalian?” Orang-orang mukmin menjawab: “Benar, tetapi kalian mencelakakan diri kalian sendiri dan kalian menunggu dan kalian ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kalian telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (QS Al Hadid: 14)
Petua untuk mengelakkan kita menangguhkan-nangguh kerja ibadat, kebajikan dan kebaikan ialah dengan mengingati mati.
Firman Allah Ta’ala: Maksubnya: “Tiap-tiap umat mempunyai ajal (batas waktu), maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaat pun dan tidak dapat mempercepatkannya.” (QS Al-A’raf: 34)
Mati boleh datang bila-bila masa. Jangan kita menafikan kebenaran yang sudah ada didepan mata dan menolak kebaikan semata-mata kita merasakan kita masih ada waktu lagi. Siapakah memberi jaminan yang kita mampu membuat kebajikan dan kebaikan selepas kita terlepas peluang?
Allah memberi peringatan dalam al-Quran berkenaan kematian dalam Surah Al Munafiquun: Ayat 011.
Maksubnya: "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
Oleh itu, selagi kita diberi peluang dan waktu untuk melakukan amal ibadat, kebajikan dan kebaikan janganlah kita menangguhkan-nangguhkan ia. Niatkan di dalam hati kita untuk berusaha menyegerakan membuat amal kebaikan walaupun ia susah namun InsyaAllah jika kita ada tekad dan berusaha untuk melakukan, Allah akan membuka jalan kemudahan untuk kita bersegera melakukan amal kebaikan. Wallahua'lam.
Sumber: Channel Jalan-jalan Cari Ilmu.
Jangan bertangguh jika nak buat baik.. jika niat terus buat tanpa tunggu dan tunggu lagi... Kerana mati tak pernah menunggu kita...
Buatlah kebaikan semampu yang ada... Jika tak mampu buat baik... Lebih baik diam... Sama juga kaedahnya... Jika tak mampu nak keluarkan kata-kata yang baik kerana kata-kata yang baik itu juga satu kebaikan dan sedekah... Lebih baik diam... Tapi kebanyakan dari kita tidak begitu... Komen dan kata sesedap rasa tanpa berfikir dahulu..asalkan puas hati dapat komen.
insya allah. tq kerana mengingatkan
BalasPadamPerkongsian yang menarik..
BalasPadam