LORONG TAMBAH NILAI PLUS DITUTUP! | SILA TAMBAH NILAI TOUCH N GO SEBELUM BALIK RAYA BAGI PENGGUNA PLUS

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



LORONG TAMBAH NILAI PLUS DITUTUP! | Persediaan raya... amacam... dah tak sabar nak balik kampung ni... MF dah 6 bulan tak balik kampung... hhu.. tinggal di perantauan beginilah... jauh pula tu... selalu doa supaya kaya .. boleh balik selalu... takpe.. Allah tak makbulkan lagi.. sabar je la kan.. inshaAllah, Allah dengar..

Semestinya nak balik kampung, kami adalah pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway). Jadinya, segala info kena ambil tahu... 

Nak semak harga tol semasa website highway PLUS terbaca notis penting yang dikeluarkan oleh PLUS.. iaitu

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN


Fuhh.. nasib juga bawa awal notis ni... kalau tak mau tak keluar tol nanti.. haha... 


Sumber: google images

Berikut MF kongsikan Notis Penuh dari PLUS.

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN


Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Kesemua 134 LorongTambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.

Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebih raya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.

PLUS menjangkakan trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari-hari biasa.

Jadi, sila topup awal-awal ye touch n go anda sebelum masuk highway plus... Sekarang dah takde lorong tunai, apatah lagi dengan lorong tambah nilai pun ditutup juga... Jadi, bagi kengkawan yang tahu, sebarkan info ini... Untuk perjalanan yang lebih lancar. 

Harap balik raya, tak hadap jem yang teruk.. mudah dan lancar perjalanan... Insha Allah.. dan harap juga, memandu tu ingat orang lain juga nak raya dengan keluarga dan jangan pentingkan diri sendiri... 

Suami MF mengatakan kerisauan juga nak balik ni... dengan eksiden sana sini kan.. kadang kita dah berjaga, orang lain pula tak beringat... Mf kata banyakkan doa... Jom kempen baca doa naik kenderaan, kita pakat tampal doa naik kenderaan pada cermin belakang kereta... orang boleh baca bagi yang terlupa supaya semua selamat sampai ke destinasi dan kampung tercinta. 


Jangan lupa download aplikasi di Play Store dan Apps Store untuk dapatkan info cepat dari Highway PLUS. Boleh download [DI SINI]

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !