GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Jual Beli Emas Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


SOALAN:

Assalamualaikum wbt, 

Bagaimana hukum menjual dan membeli emas secara online? Duit dah dibayar tetapi barang emas diperolehi selepas beberapa hari disebabkan proses penghantaran melalui pos. Mohon pencerahan Dr.

Terma kasih. 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami cenderung kepada pendapat bahawa transaksi sedemikian jangan dilakukan. Ini kerana salah satu syarat perniagaan barang ribawi berbentuk emas ini ialah mewajibkan taqabudh, yakni penyerahan antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad. Hal ini untuk mengelak riba nasiah. Penyerahan ini boleh dilakukan secara hukmi, seperti perwakilan dan juga hissi, yakni secara pegangan fizikal.  Al-Barra’ bin `Azib dan Zaid bin Arqam pernah bertanyakan Rasulullah SAW tentang hukum pertukaran matawang. Baginda menjawab:

إِنْ كَانَ يَدًا بِيَدٍ فَلاَ بَأْسَ، وَإِنْ كَانَ نَسَاءً فَلاَ يَصْلُحُ

Maksudnya: Jika dilakukan secara tangan dengan tangan (saling mengambil) maka tidak mengapa, manakala jika secara bertangguh itu tidak baik (yakni, dilarang).

Hadis riwayat al-Bukhari 2060.

Kami juga menyarankan agar mengelakkan diri daripada mencari khilaf-khilaf dalam perkara ini. Gunalah mimbar warak, dan pergilah ke daerah pegangan yang lebih yakin, selamat, betul dan tepat.

Wallahua`lam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: google images

Sekarang ni, orang banyak buat jual beli emas secara online... Sama jual beli barang kemas untuk perhiasan wanita ataupun kepingan emas sebagai pelaburan dan simpanan... Sebaiknya beli secara akad yang sah dan jelas bukan secara online. 

MF sendiri tak pernah beli online.. Emas ni berharga... risau kalau beli online... baik beli terus di kedai... Kalau jenis pelaburan terus kepada dealer yang sah dan kalau Public Gold boleh aje beli di Pejabat Pos seluruh Malaysia. Jadi, elakkan beli online ye kalau barang kemas ni ya... elak jatuh hukum riba... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ