بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Resepi Gulai Asam Ikan Tenggiri | Resepi ni mudah je... Sebab tak guna santan... Gulai bagi orang Kedah sama la Dengan kari.. jadinya memang guna serbuk kari... Tapi dalam resepi ni ada beberapa bahan MF tambah ikut citarasa sendiri....
Bahan-bahan:
Ikan tenggiri 🎏
Bawang putih
Bawang merah
Jintan manis
Halia
Kulit kayu manis
Cili giling
Serbuk kari ( MF suka guna jenama BABA'S Pedas)
Air asam jawa
Gula dan garam sebagai perasa
Sedikit minyak
Air
Tomato 🍅
Cara memasak:
1. Kisar / Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, jintan dan halia.
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali/periuk, dan tumiskan bahan yang dikisar/ditumbuk dan kulit kayu manis hingga naik bau...
3. Masukkan cili giling, dan sedikit air... Gaul hingga agak pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air suam... Kemudian masukkan air seberapa banyak yang anda mahu untuk dijadikan kuah... Kalau nak kuah banyak, jadi serbuk kari kena banyak juga supaya gulai tak caroi/cair..
5. Dah mendidih dalam 10 minit camtu... Masukkan ikan dan air asam jawa... Biarkan dalam 5 minit.
6. Akhir sekali masukkan tomato, garam dan gula sebagai perasa.... Kacau dan biarkan mendidih dalam 3-5 minit...
7. Sedia untuk dihidangkan.
Sekejap je nak masak ni... Dan MF memang suka masak tak letak santan... Ala kari mamak gitu...
Selamat mencuba!
suka gulai juga saya, sedap kan
BalasPadamSedapnya... tak pernah cuba lg menu ni. nmpk simple je..
BalasPadam