GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

FIDYAH : TIDAK TAHU BERAPA HARI PUASA DITINGGALKAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

FIDYAH: TIDAK TAHU BERAPA HARI PUASA |  Ditinggalkan Bertangguh qada puasa.. menyebabkan kadangkala terlupa berapa dah ditinggal... Bila dah berusia baru ada kesedaran.... Jadi, macam mana ni??? Nak bayar fidyah macam mana? Jangan risau... ada penjelasannya.. 

SOALAN:

Assalamualaikum,

Adakah kita perlu menggantikan atau membayar fidyah waris yang kita tidak pasti sama ada dia pernah tinggalkan puasa atau tidak. Dia meninggal pada usia 34 tahun.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam hal ini, waris-waris terdekat seperti isteri, anak-anak atau ibu bapa hendaklah memastikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Ini boleh dilakukan dengan perbincangan antara ahli waris berkenaan pengetahuan mereka tentang bilangan itu secara tahdid (pasti bilangannya) atau taqrib (anggaran yang dekat). Jika di antara waris timbul perbezaan antara dua bilangan, ambil yang lebih banyak sebagai langkah ihtiyati (berjaga). Ini juga bertepatan dengan kaedah:

الإثباتُ مقدَّمٌ على النفي

Maksudnya: Penetapan itu diutamakan diatas penafian.

Rujuk al-Burhan oleh Imam al-Juwaini (2/780)

Selain itu, kami berpendapat diutamakan menggantikan puasa oleh kaum kerabat berbanding membayar fidyah. Kecenderungan kami ini berdalilkan hadis riwayat Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Maksudnya: Barangsiapa meninggal dunia dan ke atasnya ada puasa (yang tertunggak), maka walinya berpuasa bagi pihaknya. [Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1952) dalam Sahihnya]

Juga hadis daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا؟ قَالَ: " نَعَمْ، قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Maksudnya: Telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah mati sedangkan beliau ada puasa sebulan yang tertunggak, apakah boleh aku menunaikannya bagi pihak beliau? Jawab Rasulullah SAW: Boleh. Baginda berkata lagi: Kerana hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk ditunaikan. [Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1953)]

Dalam mazhab Syafie, seseorang yang mati dan ke atasnya ada puasa qada yang tertunggak, sedangkan dia mampu untuk menggantikannya sebelum meninggal dunia, pendapat terpilih ialah  harus bagi kaum kerabat si mati untuk berpuasa bagi pihak si mati dan berpahala bagi mereka kerana menunaikannya. Imam Nawawi mentarjihkan pendapat ini. Ini juga pendapat lama Imam al-Syafie. Rujuk Kitab al-Majmu` (6/368).

Sekiranya kaum kerabat tidak mahu menggantikannya, boleh juga mengambil pendapat membayar fidyah satu mud bagi setiap hari yang tertunggak. Ini berdasarkan berdasarkan ayat:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Surah al-Baqarah, 2:184)

Wallahua`lam.

Sumber: JAKIM

FIDYAH : TIDAK TAHU BERAPA HARI PUASA DITINGGALKAN
Sumber: Google images

Jadi, kalau ada hutang puasa waris kena tahu... Kalau isteri suaminya wajib tau berapa hutang puasa isteri... Supaya andai berlaku kematian boleh digantikan... Sama ada ikut pendapat pertama bayar fidyah, dan boleh ikut pendapat kedua kena qada'dan fidyah... Jadi, mana-mana boleh buat... Tapi mufti kata, gantikan dengan qada' lebih baik dari bayar fidyah sahaja....

Kalau terlupa camne pula??? Tak ingat dah berapa hari... Jadi, ambil yang paling banyak... Anggaran yang rasanya lebih dari yang sebenarnya.. kerana itu, puasa yang tertinggal kena terus ganti... Hutang dengan manusia pun wajib bayar apatah lagi dengan manusia... Apatah lagi dengan Allah kan... 

3Ulasan

  1. Perkongsian yang bagus, terima kasih kak kerana beri peringatan yang ada masanya kita jadi mudah lupa.. =)

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian ni maria

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ