بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil | Isu puasa dengan ibu mengandung tak pernah habis.
Bagi yang pertama kali mengandung memang risaukan anak dalam kandungan. Takut tak cukup zat, takut tak membesar lah.. Macam-macam takut ada.
Tambah pula bila ada yang ambil ringan dengan keringanan yang Allah bagi. Hinggakan tak puasa terus.
Betul ke puasa ni memudaratkan kepada ibu hamil?
Sebenarnya tidak!
Puasa ada kebaikan dan manfaatnya kepada ibu hamil.
Sebab tu berbuka puasa kepada ibu hamil harus sahaja hukumnya.
Kalau memudaratkan mesti Allah dah kecualikan dari berpuasa.. Tapi Allah tak kecualikan... Cuma beri kemudahan dan kelonggaran je kepada ibu hamil.
Apa manfaat puasa kepada ibu hamil?
Ini jawapannya.
11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil |
1. Membantu pembakaran lemak tubuh
Puasa mampu membantu untuk pembakaran lemak yang tidak berguna di dalam badan. Sebab beberapa kesan ketara dari lemak berlebihan yang ada di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan keadaan bahaya obesiti bagi ibu hamil.2. Menyeimbangkan zat kimia dalam darah
Ternyata puasa juga berguna sebagai penstabilan tubuh. Maksudnya berguna untuk membuat keseimbangan zat kimia yang ada di dalam badan. Kesannya ibu hamil tidak akan mengalami gangguan kehamilan, seperti terlebih atau kekurangan suatu zat apapun. Semuanya jadi seimbang.3. Terhindar dari morning sickness
Morning sickness ringan seperti mual-mual di waktu pagi dapat diatasi dengan berpuasa... Sebab takde bau makanan yang boleh menyebabkan kita mual.4. Mencegah sembelit
Gangguan pencernaan memang menjadi masalah utama ibu hamil. Salah satunya adalah sembelit. Tapi dengan puasa menjadi tips dan triks mencegah sembelit pada ibu hamil.5. Mengawal kadar gula darah
Gula darah di dalam tubuh harus di kawal supaya tetap stabil. Tapi kebanyakan dari kita mengambil gula dalam jumlah banyak. Untuk itu dengan berpuasa menjadi trik untuk menstabilkan gula darah.6. Mencegah kolesterol tinggi
Ibu hamil sangat di nasihatkan agar jangan sampai dapat kadar kolesterol tinggi. Untuk itu dengan puasa agar tingkat kolesterolnya tetap rendah dan stabil pada tahap normal.7. Mencegah jantung tersumbat
Penderita jantung tersumbat biasanya mereka yang memiliki berat badan lebih. Puasa mampu menekan kelebihan makanan pada wanita hamil. Untuk itulah, puasa juga menjadi perisai untuk mencegah jantung tersumbat pada wanita hamil.8. Mencegah kencing manis
Kencing manis merupakan penyakit yang di sebabkan kerana buah pinggang tidak dapat menapis bahan yang masih boleh di gunakan oleh badan. Salah satunya adalah zat gula. Kegagalan buah pinggang melakukan tugasnya juga dipengaruhi kerana buah pinggang bekerja terlalu berat. Ketika melakukan puasa mampu meringankan ginjal untuk melakukan tugasnya.9. Melancarkan metabolisme tubuh
Menurut pendapat Dr. dr. H. Imam Rasjidi, Sp. OG (K) Onk menyatakan bahawa makan makanan sihat untuk ibu hamil setelah solat terawih memiliki manfaat lebih. Salah satunya adalah membantu mempelancar sistem metabolisme badan ketika mencerna makanan.10. Membantu detoksifikasi
Puasa juga berguna untuk membantu pembuangan racun atau detoksifikasi pada tubuh. Selama badan kita tidak di masuki makanan, ketika itulah badan berusaha membuang zat-zat yang merupakan larangan ibu hamil yang tidak berguna dalam badan.11. Mencegah obesiti
Pengambilan makanan yang di kawal dari luar, akan berguna sebagai pencegah obesiti. Sebab ibu hamil memiliki kebiasaan ngidam makanan yang pelik-pelik. Dan bila pelik tu memang ada je lah.. Tapi bila puasa, dapat kawal sikit keinginan tu... Dan ini membantu mencegah obesiti ketika hamil.
Terjemahan dari : hamil.co.id
Puasa itu dari Allah dan untuk Allah.. Insha Allah, ibadah yang Allah perintahkan untuk kebaikan kita juga... Allah lebih mengetahui kan... Jadi, ibu hamil jangan takut nak puasa. Jika doktor sahkan kandungan selamat takde sebarang penyakit dan komplikasi, puasalah...
Semoga bermanfaat...
P/s: dengan mengandung je la chance untuk puasa penuh sebulan.. Hihihi
saya pernah lihat bekas isteri puasa penuh sewaktu anak kami yang kedua dan ketiga..
BalasPadammemang beruntung sebab istimewa berbanding bukan yang mengandung
bagus perkongsian ini . puasa mmg bagus utk ibu hamil dan semua kan
BalasPadamyes...baik berpuasa penuh semasa mengandung jika mampu...
BalasPadam