GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ayam Boneless Masak Halia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ayam Boneless Masak Halia! | Resepi Ramadhan ke-12, tapi baru nak up entry... Semalam MF tak masak... Sebab ketidakdayaan dah semalam... Jadi, surrender Beli juga kat bazar satu lauk... Hari ni gagahkan diri masak juga... 

Yang ada dalam peti sejuk ialah isi ayam bahagian dada... Pening sikit nak masak bab isi sahaja ni.. kalau goreng sahaja nanti keras... Jadi, kena fikir menu yang sedap untuk dada ayam... Fikir dan Google cari idea.. akhirnya tercetus idea nak masak ayam masak halia. 



Ayam masak halia

Bahannya tak susah dan caranya pun mudah je... MF masak ni tak sampai setengah jam pun.. 

Bahan-bahannya:
Dada ayam
Bawang putih (kisar)
Bawang merah (kisar)
Halia (dihiris nipis)
Cili padi (hiris)
Sos tiram 
Kicap manis pedas Mahsuri
Garam
Lada Benggala
Tomato
Lobak merah
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Dada ayam dipotong nipis, kemudian basuh bersih dan perap ayam dengan sos tiram, kicap manis pedas Mahsuri, dan sedikit garam. Perap dalam 20 minit. 

2. Bila dah perap, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan minyak.

3. Tumiskan bawang kisar, cili padi dan halia hingga naik bau.

4. Masukkan lobak merah dan sedikit air.... Gaul dan biarkan hingga lobak merah empuk. 

5. Masukkan ayam, lada Benggala dan tomato. Kemudian masukkan juga garam dan gula sebagai perasa... Gaul sebati dan jika agak pekat boleh tambah sedikit sahaja air... Biarkan dalam 2 3 minit... Kemudian angkat dan hidangkan. 


Senang je kan... Alhamdulillah... Sedap dada ayam bila dimasak kering macam ni... 

Untuk resepi lain dari dada ayam boleh baca sini [6 Koleksi Resepi Dari Dada Ayam]

Selamat mencuba!

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ