بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Bila ada masa lapang.. pasti tak lepas dengar dan hadir diri dalam majlis ilmu di tv... Nak pergi masjid surau tak dan dah dengan anak kecil ni kan... Jadi, ada kat tv tu boleh la buat tambah ilmu yang kurang...
Antara ustaz pilihan yang suka dengar ceramahnya ialah Ustaz Zulramli... Seronok dengar kupasan yang jelas, sentap dan penuh makna...
Jadi, bagi yang terlepas dengar ceramah pasal Ramadhan dari Ustaz Zulramli, MF kongsikan sikit isi ceramahnya dalam siri Al-Kuliyyah TV3 yang lepas...
Di padang Mahsyar kelak, semua amalan-amalan baik kita boleh pergi meninggalkan kita kecuali 1 amalan....
Iaitu BERPUASA DI BULAN RAMADAN.
Amalan ini akan kekal bersama-sama kita menjadi pelampung terakhir yang akan menyelamatkan kita.
Ke mana perginya amalan-amalan lain?
❎ Pahala mengaji Al-Quran akan pergi kepada orang yang kita umpat.
❎ Pahala bersedeqah akan pergi kepada orang² yang kita hina.
❎ Pahala solat akan pergi kepada orang² yang kita fitnah.
Dan kita akan menjadi golongan yang Nabi Muhammad SAW gelar sebagai golongan yang MUFLIS AKHIRAT.
KECUALI....
Pahala BERPUASA RAMADAN.
Ia akan kekal bersama-sama kita. 😢😢😢😢😢
Justeru itu, marilah sama² kita Tingkatkan Amalan di Bulan Ramadan ini dengan berpuasa yang berkualiti bagi merebut ganjaran kelebihan pahala yang di janjikan oleh ALLAH SWT.
Kita siapkan perancangan kita sebagaimana kita merancang untuk meriahnya raya kita.
Rancang dan tanam azam untuk seimbangkan 'Qhoma' dan 'Soma'.
Kebanyakan kita hanya menjaga Qhoma dengan banyakkan solat sunat, bersedeqah, mengaji Al-Quran tapi berapa ramai antara kita yang berazam untuk menjaga Soma (menahan diri) dengan menjaga mulut kita, menjaga pandangan mata kita, menjaga pendengaran kita, menundukkan hawa nafsu dan hati kita.
Berapa ramai yang mengaji... mengaji... mengaji... tapi dalam masa yang sama mengumpat dan mencaci orang di dunia nyata ataupun DI ALAM MAYA dan akhirnya amalan² Qhoma yang bersungguh2 kita buat, akhirnya lesap hanya kerana kita tidak menjaga Soma. Kita menjadi golongan MUFLIS AKHIRAT.
Analoginya, Imam Ghazali menyebut contohnya...
Seseorang menjaga pemakanannya, makan makanan sunnah... kurma, madu, vitamin, suplimen tambahan, habbatus sauda TAPI dalam masa yang sama dia makan sesudu RACUN RUMPAI dengan anggapan makanan² sunnah tadi dapat membantu dia. Sudah pasti tak berguna memakan makanan sunnah tersebut.
ALLAH telah temukan kita dengan Ramadan kali ini. Ya ALLAH Izinkan kami melaksanakan amalan² yang telah kami rancang untuk Ramadan ini.
Belum tentu kita bertemu Ramadhan yang akan datang . Maka berdoalah banyak agar Allah SWT izinkan kita bertemu dengannya dan ucapkan terima kasih kepada Allah kerana kita dapat menikmati Ramadan kali ini.
Sumber: Google images |
Analogi Ustaz Zulramli tu memang sentap betul.. kita nak yang terbaik tapi dalam masa yang sama kita buat yang terburuk... Paling susah nak jaga mulut la kan.. bila mata melihat, mulut nak mengata... Nauzubillahiminzalik...
Moga sipi-sipi Ramadhan yang ada ni... Kita manfaatkannya bersama... Moga ada lagi peluang dan ruang untuk kita perbaiki yang mana kurang kerana kita tak pasti lagi kita akan jumpa Ramadhan akan ke tidak...
Sama-sama muhasabah diri...
terima kasih sis... nice sharing... qhoma n soma' baru saya tahu maksudnya
BalasPadam