GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Trending Drama Menanti Februari | Status Perkahwinan Isteri Kahwin Lain Ketika Suami Hilang Muncul Kembali

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Trending Drama Menanti Februari | Status Perkahwinan Isteri Kahwin Lain Ketika Suami Hilang Muncul Kembali | Trending betul drama Menanti Februari di TV3 baru-baru ni... Yang boleh jadi trending sebab ada satu kes rumahtangga yang agak komplikated tapi realitinya memang ada berlaku...

Apa yang menyebabkan drama ni trending??? Bagi yang layan drama ni tahu la... Tapi ada juga tak layan macam MF... Tapi sebab MF baca sinopsis dan tengok iklan boleh agak apa yang berlaku...

Sinopsis drama Menanti Februari:

Mengisahkan cinta tiga segi antara Arie, Fiza dan Edy yang juga merupakan tiga sahabat baik sejak di Universiti lagi. Mereka sentiasa bertiga dan tidak dapat dipisahkan sehingga tamat pengajian mereka. Setelah mula bekerja, Arie mendirikan rumah tangga dengan Fiza tanpa memisahkan Edy sebagai sahabat baik mereka. Perkahwinan Arie dan Fiza amat bahagia sehingga Arie mula taksub dengan pekerjaannya sehingga mengabaikan Fiza dan menyerahkan tanggungjawabnya kepada Edy. Sikap lepas tangan Arie itu semakin melampau apabila Arie sendiri tidak tahu bahawa isterinya sedang hamil dan memukul Fiza ketika melepaskan kemarahannya. 
Namun, setelah reda kemarahannya itu, Edy terus memberitahu Arie bahawa Fiza sedang hamil dan Edy telah menjaga Fiza ketika ketiadaan Arie. Ini menimbulkan rasa keinsafan Arie dan mula berubah untuk menjaga isterinya. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan seorang puteri yang dinamakan Intan. Namun sangkanya panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari!, Arie hilang di lautan ketika beriadah bersama pelabur syarikatnya. Ini membuatkan Fiza terlalu sedih dan berharap agar kebahagiaan tiba menjelang Februari yang juga merupakan bulan istimewanya. 
Dalam tempoh 6 bulan tersebut, Edy dan Fiza semakin rapat dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Namun, Arie yang disangka telah tiada ditemui selamat tetapi terpaksa menghadapi Fiza dan Edy yang telah disatukan sebagai suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya untuk menebus semua kesalahannya sebelum ini.
Siapa pilihan Fiza? Arie atau Edi?

Status Perkahwinan Isteri Kahwin Lain Ketika Suami Hilang Muncul Kembali

Yang jadi trending isu perkahwinan Fiza dengan suami kedua... Bagaimana hukumnya???

Status Perkahwinan Isteri Kahwin Lain Ketika Suami Hilang Muncul Kembali


Jom ikuti penjelasan ulama dalam kes sebegini...

Pendapat pertama:

Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia,  para qadhi mewajibkan si suami melafaz Sighah Takliq dalam borang 1F. Lafaznya berbunyi begini atau lebih kurang camni bunyinya:
"Bahawa adalah saya...dengan sesungguhnya telah melafazkan taklik yang berbunyi:
(a) tiap-tiap kali saya tinggalkan isteri saya...lamanya tempoh empat bulan berturut-turut;
(b) atau saya tidak memberi nafkah yang wajib kepadanya lamanya empat bulan atau lebih;
(c) atau saya menyakiti tubuh badannya;
(d) atau saya tidak memperdulikan lamanya empat bulan maka bolehlah isteri saya itu mengadukan kepada mana-mana kadi dan jika disabitkan oleh kadi akan aduannya maka gugurlah talak saya satu."

Sekiranya terjadi dlm perkara demikian, si isteri boleh melaporkan/memohon terus kepada pihak qadhi dan pihak qadhi dengan kuasa yang sedia ada boleh memisahkan suami isteri tersebut yang telah melanggar sighah takliq itu.

Jadi, boleh refer pada mahkamah mengenai status perkahwinan tersebut... Jadi, tak salah isteri kalau dia kahwin lain sebab dia pergi mengadu pada qadhi dan terpisah dengan suami pertamanya.

Tapi... Bagi kes ni tak boleh guna hukum ni sebab taklik ni jika tinggal dengan sengaja... Ibarat gantung tak bertali... Tapi bagi kes dalam drama ni ialah ditinggalkan suami kerana kerja dan hilang ketika dalam tugas... Jadi tak boleh guna hukum taklid ni...

Pendapat Kedua

Hukum mafqud(presumption of death).

Jika isteri telah mengambil/guna prosiding taalik atau fasakh.Maka berlakulah perceraian seperti mana yang dipohon,dan suami (jika muncul semula) tiada mempunyai apa-apa hak keatas bekas isterinya itu.

Jika wanita yang menyangka suami yang lama ghaib telah mati atau disangka mati,maka prosiding yang sesuai ialah dengan memfailkan pemohonan mafqud ke Mahkamah di bawah seksyen 54 Enakmen/Akta Undang-Undang Keluarga.

Proviso yang berkaitan ialah:

Seksyen 54 (1) Jika suami seseorang wanita telah mati atau dipercayai telah mati,atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 7 tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga ia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara`sebagai telah mati, tetapi perakuan dibawah ordinan Pendaftaran kelahiran Dan Kematian 1957 tidak dapat diperolehi atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar, mengeluarakan, dalam borang yang ditetapkan, suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan kemudian dari itu adalah bebas berkahwin semula mengikut enakmen ini.

(2) Perakuan yang dikeluarkan dibawah sub seksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami dalam erti kata seksyen 14(4) (b)....

Permohonan anggapan mati ini adalah dibawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

Perbahasan ulamak mengenai mafqud dan andaian jika suami didapati hidup semula.

Fuqaha` menakrifkan al-Mafqud sebagai:

Satu Istilah yang digunakan bagi seseorang yang telah ghaib atau pergi dari negeri dan ahli keluarganya tidak diketahui tempatnya, telah terputus khabar berita, tidak diketahui samada dia masih hidup atau telah mati, dan keadaan itu berlalu setelah sekian lama.(Istilah ini adalah rangkuman dari Istilah yang diberikan oleh Fuqaha` Mazhab )

Penetapan kematian itu adalah diistiharkan oleh Hakim setelah meneliti dan menyiasat bukti-bukti yang dikemukakan oleh pemohon.

(Lihat Fiqh Sunnah,Juz 14 ms 281,Kasyaf al-Qina`:j 2 ms 590,al-Fatawa al-Hindiyyah j 2:299)

Batas Waktu.

Fuqaha` selisih dalam menentukan batasan waktu .Di Riwayatkan dari Imam Malik r.a bahawa beliau berkata mesti berlalunya masa empat tahun, berdasarkan athar sahabat. Saidina Omar pernah berkata:

`Setiap isteri yang ditinggalkan suami, sedang dia tidak mengetahui dimana suaminya, maka dia hendaklah menunggu selama 4 tahun, kemudian dia beriddah selama empat bulan sepuluh hari, kemudian bebaslah ia.

Riwayat al-Bukhari dan al-Syafie.

Dalam Kitab Mughni al-Muhtaj dinyatakan bahawa:
~Barangsiapa yang telah pergi atau hilang serta terputus khabarnya dan ada baginya harta yang perlu diwarisi, maka hendaklah ditahan dulu hartanya sehingga nyata bukti atas kematianya, ataupun ada sebarang petanda yang lain dan berlalu masa yang lama dan dengan sangkaan yang berat bahawa ia telah mati, maka penentuan itu (kematian) hendaklah didasarkan pada ijtihad hakim ketika itu dan dihukumkan dengan kematianya.(Mughni al-Muhtaj j 3:26-27/497 inilah pandangan yang sahih dalam Syafieyah)

Itulah juga pandangan yang mashur dari Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf. Imam Ahmad pula melihatnya dalam dua keadaan, jika hilang ditempat yang ada wabak/perang atau tempat tidak selamat(negara musuh) maka dikira masanya 4 tahun sebagaimana athar diatas. Jika ditempat sebaliknya maka kehilangan itu boleh dihukumkan sebagai mati setelah berlalu tempoh masa yang ditetapkan dan berdasarkan ijtihad hakim setelah bukti-bukti dikemukakan padanya(Hakim)(lihat Kasyaf al-Qina`: j 3 ms 266).

Undang-Undang Keluarga Di Malaysia telah mengambil tempoh waktu selama 7 tahun sebagai tempoh yang boleh memungkinkan orang yang hilang dihukum sebagai telah mati.(lihat Seksyen 54 UKIP).

Suami yang telah dihukum sebagai telah mati muncul kembali>:

Jika belum berkahwin maka isteri itu dalah haknya, tidak perlu pada nikah yang baru.

Jika isterinya telah berkahwin tetapi belum disetubuhi:

Maka isteri itu kepunyaan orang yang hilang itu.Keadaannya sama seperti hukum diatas.

(lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab j 12:616)

Jika isteri telah disetubuhi suaminya yang baru:

Suami yang mafqud itu diberi pilihan samada hendak kembali isterinya atau memilih untuk mengambil balik maharnya yang telah diberikan.Jika memilih untuk ambil balik mahar maka hak perempuan itu pada suaminya yang kedua. Inilah pegangan para sahabat berdasarkan riwayat dari Muamar dari al-Zuhri sesungguhnya Omar dan Othman keduanya telah berkata: Jika sekiranya kembali suaminya pertama maka beliau diberi pilihan samada hendakan perempuan itu atau mahar yang telah diberikanya.

Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan:: Dan tidak seorangpun diketahui mengingkari perkara tersebut pada zaman mereka itu, dan jadilah ianya Ijmak.(al-Mufassal j 8 :458).WA

Bagi kes ni... Memang meragukan juga sebab kalau ikut hukum fiqh... Mazhab Syafie.. empat tahun tempoh nya baru dikirakan sebagai terpisah hubungan suami isteri tu selepas disahkan oleh pihak berkuasa... Tapi ni baru 6 bulan... Baru sangat lagi dah nak sah kata cerai... Memang tak boleh la kan... 

Pendapat dari Ustaz Azhar Idrus

Ini penjelasan dari ustaz Azhar Idrus... Beliau juga rujuk pada kitab fiqh dan ulama juga tak dinyatakan ulama mana...

Perkahwinan dengan suami kedua terbatal secara automatik. Anak dari hasil perkahwinan kedua tetap dibinkan dengan suami kedua... Bukan anak zina atau syubhah... Maknanya takde siapa salah dalam hal ini...

Kesimpulan...

Penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan

Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

Maka, kami berpandangan bahawa:

1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah 6 bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.

2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.

3.  Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.[ Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 8/123-124]

Penutup

Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.

 

Nampak kan.. rumit masalah ni... Tapi sekurang-kurangnya dari drama kita belajar juga sesuatu iaitu kesetiaan dalam perkahwinan....

Kalau tengok dari jalan cerita tu... Setiap suami isteri kena ambil pengajaran... Bila dah kahwin, jangan biarkan isteri rapat dengan mana-mana lelaki hatta kawan baik sendiri... Hati manusia mudah berubah-ubah...tak kira lelaki atau perempuan... Kalau lelaki tak jadi isu sebab boleh kahwin empat.. tapi jadi isu sebab isteri kan... Tu sebab baru 6 bulan hilang dah ada pengganti.

Kesetiaan itu diuji dengan pelbagai ujian... Ni salah satu contohnya... Wanita ni hatinya lembut... Hatinya pernah terguris dengan suami sendiri... Dan luka dihati diubat oleh orang lain... Memang lama-lama cair la...Tambah nafsu, syaitan dok cucuk jarum juga kan... Jadi hati-hati buat kaum Adam... Jangan lukakan hati isteri... Sebab hati wanita ni jika selalu disakiti akan jadi keras.

Bab kesetiaan ni suka MF belajar dari pasangan orang omputih... Siapa tengok movie Kong Skull Island... Ending nya... Betapa setianya isteri seorang anggota tentera tu.. lebih 20 tahun suaminya hilang di sebuah pulau pelik, tapi isterinya setia membesarkan anak tanpa ada pengganti... Dan kalau kita tengok movie UP, kisah kesetiaan juga tu... Itu kisah suami yang setia... Kat Malaysia pun ada... Tapi malangnya kisah pasangan curang lagi banyak ditonjolkan dari pasangan yang setia kan.. macam teruk sangat je kita kan...

Itulah antara jawapan kepada persoalan isu yang berlaku... Moga bertambah ilmu buat kita yang berumahtangga dan bakal berumahtangga nanti...

Moga Allah tetapkan hati kita kepada pasangan yang ada... Caranya.. cintailah pasangan kita kerana Allah semata-mata... Tips nya... Amalkan surah Yusuf ayat 4 serta supaya sama-sama jadi pasangan yang setia...

Sumber rujukan: Al-ahkam.net, google.com dan YouTube

3Ulasan

  1. akak tak penah lyn cite tu... tp terpanggil jgk lah nk tau jln cite sbb jd mcm viral lak...

    yelah sbb bab nikah kawin ni bkn blh bt main2... nk bt cite pun kene rujuk pd yg arif dulu kan

    BalasPadam
  2. Assalam, kak.

    saya suka entri nih, saya mohon snagat, saya dah share kat blog saya.

    Terima aksih, saya just link kan ke blog akak..hihi.

    Thanks tau..

    Kalau tak boleh, sila singgah bgtahu ya. Nanti saya delete..tq

    BalasPadam
  3. akhirnya terjawab jugak hehe sy pun dok confused pasal ni..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ