GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Koleksi Bingkisan Indah Sempena Hari Guru!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Antara kata-kata bingkisan indah yang dicipta oleh guru-guru kita... Antaranya merupakan bingkisan hati dan motivasi untuk guru-guru di Malaysia... 


🌺 Selamat Hari Guru 🌺

Cikgu dicaci org xbising... 
Cikgu dihina org xbising....
Cikgu diherdik org xbising... 
Cikgu dipukul org xbising..
Cikgu disaman org xbising.... 

Niat Cikgu sering disalah ertikan... 
Cikgu korban duit utk murid org xpandang....
Cikgu korban masa utk murid org xpandang...
Cikgu korban tenaga utk murid org xpandang... 
Cikgu korban rasa untuk murid org xpandang.... 
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang xpandang....
Cikgu buat sgala kebaikan utk murid orang xpandang....
Pengorbanan Cikgu  orang xpandang....
Niat Cikgu sering di salah ertikan..... 

Di sekolah ;
Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa... 
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa....
Sentiasa menyayangi ibu bapa.... 
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa... 
Jangan biadab dengan ibu bapa....
Jangan melawan ibu bapa... 
Jangan derhaka pada ibu bapa...

Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu..... 
Supaya mengenang jasa Cikgu... 
Supaya menyayangi Cikgu... 
Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu...
Supaya tidak biadap dgn Cikgu... 
Supaya tidak melawan Cikgu...
Supaya tidak derhaka pada Cikgu....

Gaji Cikgu yg sering diungkit... 
Hadiah utk Cikgu yg sering diungkit... 
Cuti Cikgu yg sering diungkit.... 

Seorang dua Cikgu  yg buat silap, 
Semua Cikgu kena kutuk... 
Seorang dua Cikgu  yang buat salah, 
Semua Cikgu kena hina... 
Cikgu pun manusia biasa....

Orang yg bukan Cikgu ; 
Tidak pernah memahami perasaan Cikgu....
Tidak pernah memahami hati Cikgu...

Orang xtahu... 
bila tiba hari kejohanan sukan,
Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid.... 

Bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....

Bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang xtahu, 
ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin... 

Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..

Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang x tahu....

Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....

Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina...

Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja..
Bukan hadiah yg Cikgu paksa...

Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali Cikgu, selamanya Cikgu..

Kepada sahabat2ku yg bergelar CIKGU...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih CIKGU...

========================================================

UNTUK SEMUA SAHABAT YG BERNAMA  GURU

 Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, dan tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pembina Bangsa Negara. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada semua yang bergelar guru... Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau titipkan kepadaku akan aku manfaatkan demi kebaikan semua...

🌅 Wahai para guru...
Ladang pahala bagi kamu begitu luas...
Lebih luas dari apa yang anda sangkakan. 
Anak² murid anda boleh menjadi penyebab untuk anda 
merasai kemanisan 'syurga'.
Semailah mereka dengan benih² kebaikan.
Sirami mereka dengan akhlak terpuji...

🌅 Bergembiralah para guru. 
Semakin banyak ilmu yang anda ajarkan, 
semakin banyak pahala yang anda raih. 
Peliharalah ladang pahala anda ini. 
Jangan rosakkan ia dengan keluhan dan rungutan. 
Suburkan ia dengan rasa keikhlasan. 
Walaupun kadangkala anda terasa keletihan, 
percayalah keletihan itu akan terbayar 
dengan kerehatan di 'Syurga Abadi'...
ٍِاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sekian, moga ada manfaat...
Sekadar songsang aksara kata,  tanpa kembali ke tunjang makna... 

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

SELAMAT HARI GURU 2017

==============================================================

GURU.....( khas buat smua yg bgelar guru)

Apabila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Apabila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody, 
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau sesiapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu- 
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

(😝😝😝😝😝😝😝)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin pd waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

SELAMAT HARI GURU.
*"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"*
Anda yang terbaik! 👍 TQ

💐🌸🌷🍀🌹🌻🌺🍁🍃

===========================================================

Wahai guru,
Insan yg terpilih, 
Daripada ramainya manusia, 
Teruskanlah berbuat baik, 
Berkata baik, 
Memberi nasihat yg baik, 
*Walaupun*
Tidak ramai orang, mengenalimu. 

Cukuplah *ALLAH* mengenalimu
Lebih daripada yg lain. 
*Jadilah seperti jantung*, 
Yg tidak terlihat
Tetapi
Terus berdenyut
Setiap saat, 
Hingga membuat kita
Terus hidup
Menjelang akhir hayat. 

Buatlah seikhlas hati anda, 
Mungkin tiada *ganjaran di dunia*
Namun, 
Pahala Allah senantiasa 
Menanti di sana. 

*SELAMAT HARI GURU*

================================================================

~ GURU ~ Manusia paling syok sendiri di atas dunia.😘😘💐🎂🎶🎶🎵💗

Jadi cikgu ni, kita jadi syok sendiri. Masuk kelas tahun 1, tak kira mengajar apa pelajaran sekalipun, Math ke,BI ke, BM ke, PJK ke, mesti ada dalam buku teks part nyanyian dan lagu.

Maka, mahu tak mahu kena la menyanyi walau suara tu langsung tak sedap. Walau sumbang, walau piching ke laut,nyanyi saja. Tanya budak tahun 1, mesti diorang cakap suara guru sedap. Makin syok menyanyi!

Nak bagi penerangan,terkadang kena lukis gambar. Maka walau tangan sekeras batu, walau lukis ayam dah macam kucing, tetap perasan dan syok sendiri rasa lukisan tu cantik. Tambah2 bila ada murid puji,"wah, cantiknya cikgu lukis." Makin kembang hidung,makin syok sendiri dibuatnya. 

Budak tahun 1, lukis camne pun diorang cakap cantik. Kalau tahun 4,5,6, memang kena kutuk la lukisan cikgu. Kalau sekolah menengah lagi la, mau tak lalu makan seminggu teringat kutukan anak murid.

Ni menjelang hari guru, makin menjadi-jadi perasaan syok sendiri ni. Majlis sendiri, sendiri yang beli hadiah, pastu buat2 tukar dengan rakan. Punya nak merasa dapat hadiah mahal sikit. Punya la teruja!

Buat jamuan, sendiri kutip duit, sendiri makan, kemudian sendiri pakat puji meriahnya jamuan itu. Sedapnya masakan diri sendiri. Oh,betapa syoknya puji diri sendiri. Lepas tu, buat la persembahan. Kononnya sempena hari guru. Sebenarnya untuk diri sendiri. Kan kita ni cikgu!

Maka bersajaklah,menyanyilah, berlakonlah. Penat lelah hafal skrip lakonan berminggu-minggu. Semata-mata nak buat persembahan untuk diri sendiri. Pastu suruh budak sorak. Suruh budak tepuk kuat-kuat. Pastu rasa bangga, hebat betul lakonan aku. Hebat sungguh aku deklamasi sajak. Ah,betapa syok sendirinya kita ni kan?

Tu belum kira Anugerah Guru Garang, Anugerah Guru Paling Popular, Anugerah Guru Paling Lawa, sendiri buat anugerah, sendiri beli medal, sendiri gembira bila menang. Tak ke syok sendiri orang panggil tu?

Lantak la orang nak kata profession ini profession syok sendiri ke apa. Janji aku bahagia. Janji aku gembira melayan budak-budak. Kerja sebagai guru ni bukan lagi sejenis pekerjaan bagiku, ianya adalah kecintaan. Cinta yang amat! 
Korang bagaimana?

* Selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mengajarku. Mohon redha segala ilmu dan mohon Allah ampunkan dosa kalian dan kita semua.
* Syok sendiri punya pasal, wish awal kat diri sendiri dan rakan sejawat......


=======================================================

Koleksi Bingkisan Indah Sempena Hari Guru!


Untukmu Guru Tersayang.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
S - seluruh negara meraikanmu
E - engkaulah insan mulia
L - lelah penat mu tak pernah jemu
A - atas semangat mu yang jitu
M - mencurahkan bakti tanpa henti
A - agar menjadi insan pekerti
T - tanpa mu hidup ini tiada erti

H - hadir mu sungguh bermakna
A - akur pada sebuah hakikat
R - revolusi baru jadi penentu
I - inovasi mu menjadi penjana

G - gagasan yang berilmu
U - untuk bangsa
R - rakyat Malaysia
U - untuk agama....

_GURU PEMBINA NEGARA BANGSA_

=============================================================


Seorang guru berkata,

" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "

Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,

" Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.

Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.

Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "

Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam. 

Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita. 

" Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.

Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.

Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."

Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.

Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,

" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? " 

=============================================================

Di saat ramai yg mengucapkan "SELAMAT HARI GURU", saya ingin menyeru agar sama2 kita bermuhasabah dgn nasihat Umar al-Khattab RA:

علموا العلم، وعلموه الناس، وتعلموا له الوقار والسكينة، وتواضعوا لمن تعلمتم منه ولمن علمتموه ، ولا تكونوا جبابرة العلماء، فلا يقوّم جهلكم بعلمكم".

Maksudnya: "Tuntutlah ilmu, ajarkan ia kepada manusia, tuntutlah ia dgn penuh ketekunan dan ketenangan, brtawaduklah dgn org mengajarkan ilmu kepada kamu dan bertawaduklah juga kepada murid2 mu, dan janganlah kamu menjadi ulama yg bongkak (dgn ilmunya sendiri), dan janganlah memperkasakan kejahilanmu dgn ilmumu." (Lihat: Jami' bayan al-'ilm wa fadhlihi, oleh: Ibnu Abdil Barr, 1/563) -Ustaz Fathul Bari-

Sumber: Media Sosial

Jika dihayati penuh makna... Luahan hati guru... dan cikgu juga insan biasa untuk mendidik menjadikan manusia menjadi manusia yang luar biasa... Mulut memang mudah mengata macam-macam pasal cikgu, tapi jika kita berada pada tempat cikgu hari ini... bagaimanalah kan... 

Runtuhlah negara jika tiada lagi guru kini dan selamanya... hargailah guru walaupun sekadar ucapan: TERIMA KASIH CIKGU!!!

1Ulasan

  1. Selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia. Jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa sangat tinggi nilainya. Mereka ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Terima kasih wahai guru.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ