Jangan Pandang Remeh Dengan 42 Dosa Ini, Lama-lama Jadi Dosa Besar!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan Pandang Remeh Dengan 42 Dosa Ini, Lama-lama Jadi Dosa Besar! | Al-Imam Yusuf Al-Ardabily (dalam AL-ANWAR), telah menyenaraikan beberapa jenis dosa kecil yg menurutnya para ulamak telah sepakat menyatakan sebagai dosa kecil. 

Tetapi jika ia dilakukan secara berterusan maka ia boleh bertukar menjadi dosa besar. 

Dosa kecil, tapi boleh jadi dosa besar

Diantaranya ialah:
  1. Melihat benda dan perkara-perkara yang tidak seharusnya atau tidak dibenarkan kita melihat.

  2. Mengumpat

  3. Mendiamkan (tidak mencegah) perbuatan mengumpat yang dilakukan dihadapan kita.

  4. Berbohong dalam perkara yang tiada hukum had dan yang tidak mendatangkan mudarat ke atas orang lain.

  5. Menjenguk (mengintai) ke dalam rumah orang

  6. Tidak bertegur sapa dengan sesama Islam melebihi 3 hari

  7. Melampaui batas syarak dalam perbalahan (mujadalah)

  8. Mengangkat (menyaringkan dan menguatkan ) suara menyebut kebaikan si mati di majlis kematian

  9. Mengoyak-ngoyak pakaian ketika mendengar berita kematian

  10. Berjalan dengan gaya sombong

  11. Duduk bersama orang fasiq kerana bersenang-senang dengan mereka

  12. Bersolat di waktu-waktu yang ditengah

  13. Memasukkan kanak-kanak, orang gila dan najis ke dalam masjid

  14. Menjadi imam, pada hal makmum benci kerana keaiban yang ada padanya

  15. Melakukan hal-hal yang tidak berfaedah (bermain-main) di dalam solat

  16. Ketawa di dalam solat

  17. Melangkah diatas bahu orang di dalam masjid di hari jumaat

  18. Membuang air besar atau kecil dengan mengadap kiblat

  19. Mendedahkan aurat didalam bilik mandi ( yang ada orang)

  20. Bercium yg boleh menggerakkan syahwat ketika puasa

  21. Terus-terusan puasa tanpa makan sesuatu di waktu malam diantara dua puasa

  22. Mengeluarkan mani dengan tangan sendiri (onani)

  23. Menyentuh kulit dan anggota perempuan (bagi lelaki) atau menyentuh kulit atau anggota lelaki (bagi perempuan) yang ajnabi, walaupun dengan tidak berniat untuk berjimak. Tapi kalau tujuan dan niat untuk berjimak (zina), maka hukumnya haram (walaupun belum berzina). Seperti dua lelaki dan wanita sedang berasmara.

  24. Menyetubuhi isteri yang telah diceraikan dengan talak raj'ie (ketika idah bagi talak yang boleh dirujuk) tanpa rujuk terlebih dahulu

  25. Menyetubuhi isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah

  26. Berkhalwat dengan perempuan ajnabiah tanpa niat buruk dan tanpa niat untuk melakukan atau tanpa melakukan sesuatu yang haram seperti berzina atau berkucup dan berciuman. Sekiranya telah melakukan perkara itu, maka telah dikira dosa besar.

  27. Seorang wanita yang musafir tanpa ditemani oleh suami atau muhrim atau oleh 3 orang wanita yang amanah dan adil.

  28. Pura-pura membeli barang berkenaan dengan harga yang mahal (di luar harga pasaran sepatutnya) dengan tujuan untuk menipu orang lain atau untuk sabotaj orang susah (tidak mampu membeli) supaya tidak boleh beli barang berkenaan.

  29. Membeli barang makanan ketika harga mahal dan mejualnya dengan harga yang lebih mahal ketika orang lain berhajat

  30. Menawar (untuk membeli) ke atas barangan yang telah dibeli oleh orang lain setelah masing-masing bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan. (Sailang perniagaan orang lain)

  31. Menjual barang orang lain tanpa izinnya

  32. Membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain

  33. Meminang pinangan (tunangan) orang lain

  34. Menjadi orang tengah, seperti membeli barang-barang dengan harga murah dikampung dan menjualnya dibandar dengan harga yang mahal, sedangkan ia mengetahui barangan itu (barangan keperluan asas) amat diperlukan oleh orang ramai

  35. Membeli barangan orang-orang kampung sebelum mereka sampai ke bandar dan ketika diketahui harga pasaran sebenarnya dibandar

  36. Menjual binatang yang sengaja dibiarkan susunya (tidak diperah). Setelah dijual, kemudian susunya pun diperah dan dijual

  37. Menjual barangan yang cacat dengan tidak diterangkan kecacatannya

  38. Membeli anjing yang tidak diharuskan membelanya. kecuali untuk tujuan memburu atau menjaga rumah atau harta benda

  39. Menyimpan arak yang tidak dihormati seperti arak yang ada pada hari ini. Kecuali arak yang dalam proses untuk membuat cuka

  40. Menjual mashaf Al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab fiqh dan ilmu agama (syarak) kepada orang kafir

  41. Mengguna najis pada badan denhan tiada sesuatu hajat dan tujuan yang diluluskan oleh syarak

  42. Mendedahkan aurat (berbogel) ketika bersendirian tanpa sesuatu hajat
Sumber: https://telegram.me/usrah_solat

Sumber: Google images

Jadi, elakkan dan berusahalah untuk elak dari berterusan buat dosa kecil. Orang yang berterusan buat dosa kecil ialah orang fasik. Walaupun masih Islam, tapi Islam pada nama tidak pada amalnya. Nauzubillahiminzalik... 
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Banyak rupanya benda yg biasa kita buat yg boleh mendatangkan dosa besar. Kena muhasabah selalu diri ni.

    BalasPadam
  2. Adehh byknye dosa yg dah dibuat dalam sedar dan tanpa sedar.. huhuhu gut sharing maria.. :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !