بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama | Tips untuk yang berkaca mata... sekarang ni mahal nak buat cermin mata kan... MF pernah buatkan untuk suami... koman-koman pun 300 gak lah.. tu kira yang biasa je tu... kalau power lebih, canggih sikit lebih lagi...
Bagi ada cermin mata, ikut tips dari pakar mata ni... cara jaga cermin mata...
Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama
Ikuti tips dari Optometris Puan Hanun Nadiah Rozi ini tentang kepentingan menjaga cermin mata.Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.
Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.
Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?
Saya kongsikan tips ya.
+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.
+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.
+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.
+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.
+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak 'aim' potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.
Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.
Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. 😊
P/s : Perkenalkan 'nyawa kedua' saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Kredit: Sinar.my
Sha pun macam kena buat spek baru.. tq share tips..
BalasPadamBetul tu. Mya selalu cuci cermin mata dengan sabun nak hilangkan kesan. Cuma bila salah letak je jadi masalah. Tak nampak dan tak ingat kat mana. Sedar2 dah terduduk atau terjatuh. Mya cuba bertahan untuk cermin mata ini sampai betul2 KO.
BalasPadam