GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bulas Akan Teman Orang Sombong Nanti...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Gambaran Orang Sombong Diakhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dari nabi SAW bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis hasan sahih.


Sumber: google images

Pengajaran:

1.  Sombong adalah sifat syaitan yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.

2.  Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru

3.  Orang sombong akan  diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

4.  Orang yang sombong akan  diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah turut memperlekeh atau merendahkan mereka.


Pelik juga dengan orang sombong ni kan... sebab hidup kita sepanjang hidup ni memerlukan orang lain... Bahkan mati pun kena orang tolong tanamkan bukan boleh golek masuk kubur sendiri pun kan.. Jadi, jangan nak sombong-sombong jika dapat sesuatu nikmat... semuanya tu hanya pinjaman semata-mata.. 

2Ulasan

  1. nice share cikgu, baru tau psl bulas tu... ingatkan apa td

    tp mmg btl zmn skrg ni pun ramai yg sombong, kerana darjat, kerana pangkat...

    BalasPadam
  2. Ramai yg sombong skrg ni. Lagi sombong bila kata kubur masing2. Sedangkan nak bawa mereka ke kubur pun memerlukan bantuan org. Peringatan yg sgt baik sis.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ