بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hiburan | Bila lihat ramai orang kita sekarang ni terleka dalam hiburan... Jika ada program realiti dan anugerah hiburan berlumba-lumba nak update Dan diperkatakan di sana sini...
Bila ada yang menegur, mulalah dikatakan ketinggalan zaman, dikatakan orang yang serius dan tak reti nak berhibur... Ala, sesekali perlukan hiburan katanya...
Baik... Dalam Islam bukan tak benarkan kita berhibur tapi ada panduannya.. sebab dalam hidup kita tak terlepas dalam hukum hakam selagi mana kita bergelar Islam... Sebab tu dunia ni ibarat penjara bagi orang yang beriman kerana hidup bebas akan dinikmati di syurga nanti...
Islam tu boleh berhibur... Tapi ikut lah panduannya...
Jika korang tengok dalam sesuatu hiburan atau rancangan hiburan tu ada ciri-ciri seperti, percampuran antara lelaki dan perempuan, tak tutup aurat, matlamat program tu memang semata-mata hiburan, melalaikan.. jadi haram la tu..
Memang lah sekadar hiburan tapi kalau ada ciri-ciri di atas, haram hukumnya.. kalau dah haram tu membawa dosa walaupun kita sekadar nak tengok dan dengar...
Faham ke idok??? Jadi, dah boleh fikir rasanya kan... Jadi, orang yang menegur tu maknanya dia sedang mencegah kemungkaran dan satu pahala besar dah tu... Orang yang tak nak ikut tu biarkanlah.. moga diorang dapat hidayah Allah satu hari nanti...
Jadi, pandai-pandai lah pikir dan pilih rancangan hiburan... Tak salah nak berhibur tapi biarlah hiburan yang dirahmati Allah...
Tazkirah yang baik..:)
BalasPadamfae lemah iman... tapi sekurangnya fae dah jrg tonton program hiburan kat tv. kalo fae tau pasal sesuatu berita hiburan pun because ada org post kat Facebook or Instagram ...
BalasPadam