Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelebihan Sunatkan Anak Lelaki Semasa Bayi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zaman dulu orang lelaki ni lambat berkhatan, ada yang dah dekat nak kahwin baru dikhatankan... betul... mak MF pernah bagitau camtu... Tapi trend zaman sekarang, ramai ibu bapa mula memilih untuk sunatkan anak lelaki lebih awal... 

Kalau zaman MF dulu sebelum masuk sekolah rendah... Tapi zaman sekarang ni, dah macam khatan anak perempuan, iaitu masih bayi lagi dah khatankan anak lelaki... 

Tu la kan, kenapa agaknya ya... Ada kelebihan ke sunatkan anak lelaki waktu bayi ni??? 

Jawapan kepada persoalan ini dijelaskan oleh Dr Hamid Arshat...

Memang telah jadi amalan dan budaya kita orang melayu mengkhatankan anak-anak lelaki mereka apabila anak hampir menjangkau umur akil baliq (9 hingga 12 tahun). Pada umur demikian ada beberapa perkara yang perlu kita fikirkan; mereka agak takut menjalani prosedur bedah kecil, takut dan munkin tidak tahan kesakitan. Kulit zakar juga telah menebal dan liat mengakibatkan pemulihan luka mengambil masa lebih panjang serta berkemunkinan dilanda perdarahan dan jangkitan kuman. (Sebab tu orang dulu, sebelum anak belum sunat tak bagi makan pedal ayam atau organ dalaman  binatang, takut liat kulit masa nak sunat.)

YJN sedang berkempen untuk menggalakkan bayi lelaki dikhatankan secepat mungkin selepas lahir ( Umur baru lahir hingga 3 bulan). Amalan ini sudah menjadi popular di negara-negara barat walau pun mereka bukan islam. Mereka telah mengetahui faedah besar dari amalan berkhatan. Di Amerika bayi lelaki dikhatan sejurus lepas lahir.


Kelebihan Khatan Semasa Bayi!

Diantaranya ia boleh mencegah dari jangkitan kuman dalam saluran perkencingan dan buah zakar waktu zaman kanak-kanak yang mana kesan jangka panjang boleh menyebabkan kemandulan lelaki. Berkhatan juga dikatakan boleh mencegah tersebarnya kuman virus AIDS yang sering bertumpu pada kulit zakar (prepuce).

Juga dipercayai kotoran tahi pilat pada zakar lelaki yang tidak berkhatan adalah salah satu punca terjadinya kanser pangkal rahim dikalangan isteri mereka.

Waktu bayi baru lahir, prosedur berkhatan mudah dilakukan dan jangka tempoh sembuh pun cepat, antara 5-7 hari sahaja. Jagaan lepas khatan juga sangat mudah tanpa keperluan khusus.


Sumber: Google images


Prosedur berkhatan bayi lelaki

1. Bayi dibersihkan dengan antiseptik pada kawasan kemaluannya

2. Suntikan local anesthetic pada pangkal zakar untuk bius zakar, sering bayi menangis bila kena suntik bius. Tunggu 5 minit untuk bius berkesan.

3.Teknik khatan adalah mudah, saya gunakan alat Plastibel.

4. Kulit dihujung zakar digunting sedikit sehingga takuk kepala zakar.

5. Kulit dipisahkan dari kepala zakar dan tahi pilat dibersihkan.

6. Plastibel disarungkan pada kepala zakar, ada banyak saiz plastibel ikut saiz kepala zakar, penting untuk pileh saiz yang tepat supaya 'fitting'.

7. Ikat dengan benang diluar kulit ikut jalur pada plastibel untuk kawal perdarahan. Penting untuk ikat kuat agar tidak terlucut.

8. Kulit hujung zakar digunting dan dibuang. Handle pada plastibel dipatahkan dan terdapat lubang kecil dimuncung plastibel untuk saluran air kencing bayi.

9. Tiada jagaan istimewa, jika bayi meragam pada malam pertama beri syrup panadol ikut arahan. Bila kencing atau berak dan perlu tukar lampin, bersihkan zakar saperti biasa dan pakaikan lampin baru.

10. Plastibel dan benangnya akan tanggal sendiri dalam tempoh 5-7 hari dan luka akan kering dengan sendiri.

Sumber rujukan: Karangkraf

Ilmu baru bagi MF, walaupun belum dikurniakan anak lelaki, tapi mana la tau, ada rezeki lain nanti... Dan moga jadi ilmu berguna buat ibu bapa yang bakal menimang cahayamata lelaki nanti...

Catat Komen

1 Ulasan

  1. dioang kata klu sunat masa bayi nnti kena sunat skali lg,,betul ke

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^