GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rabun Silau

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rabun Silau | Masalah betul bila nak kena drive waktu pagi ni, mata silau sebab kena panah dengan lampu.. dah la sekarang ni jalan nak pergi kerja memang gelap sebab kawasan luar bandar kan... Lepas tu, lori pula besar-besar.. haishhh mencabar drive waktu pagi.. 

Tambah pula dengan pemilik kenderaan yang tak bertanggungjawab suka modified kereta, buh lampu LED putih.. lagi bertambah silau... MF pernah nak hampir eksiden baru-baru ni sebab ni lah.. 

Tapi rabun silau ni majoriti orang kita hadapi.. antara teruk dengan tak je kan... 

Apa Itu Rabun Silau?

Rabun silau atau nama perubatannya ‘astigmatisme’ berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik focus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas.

Rabun Silau

Gejala Yang Kerap Dihidapi Oleh Penghidap Rabun Silau:

  • Imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas.
  • Berasa perit pada bahagian mata.
  • Sakit kepala di mana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza mata.
  • Mudah merasa letih.
  • Mata tidak selesa.
  • Imej dekat dan jauh kelihatan kabur
  • Sensitif pada cahaya
  • Ketegangan mata
  • Mata berair
  • Pandangan berlapis
  • Penglihatan ‘upside down’
  • Pandangan terherot
  • Juling iaitu keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
  • Susah memandu pada waktu malam dan kadang-kadang pandangan nampak dua
  • Mata sering berkelip atau sering menutup mata


Tips Untuk Mengatasi Masalah Rabun Silau


  • Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.
  • Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.
  • Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. 
  • Setiap 30 minit,rehatkan mata dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.
  • Makan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.


Rawatan Yang Diperlukan Oleh Penghidap Rabun Silau:


1. Cermin mata


Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang mudah dan selamat untuk semua orang. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana pelbagai reka bentuk cermin mata.

2. Kanta lekap


Kanta lekap memberikan keselesaan yang lebih berbanding memakai cermin mata. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Namun, langkah penjagaan dan pemakaian kanta lekap yang selamat dan betul perlu dititikberatkan untuk mengelak sebarang komplikasi pada mata.

3. Pembedahan Kornea


Pembedahan kornea merupakan langkah akhir untuk merawat rabun silau ini. Teknik laser akan digunakan untuk menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Jadi, dapat doktor pakar dulu la sebelum buat keputusan untuk buat pembedahan.

Petua Tradisional Untuk Rawat Mata Rabun Silau


Pakai celak

Celak merupakan sunnah hebat anjuran nabi Muhammad s.a.w . Ini berdasarkan hadis:
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)


Basuh dengan Air Daun Sirih

Amalkan basuh mata dan muka dengan air ramasan daun sirih.. ini petua mak MF la ni.. mak selalu buat camni.. memang terbukti juga la petua mak ni.. umur 60 tahun pun masih cerah matanya tanpa Spek mata... 

Jaga mata dalam pantang

Bagi wanita dalam pantang, orang tua-tua amat melarang membaca semasa dalam pantang. Tujuannya​ untuk jaga mata lah.. tapi zaman sekarang macam tak boleh nak amalkan kan.. hehe... 

Memang susah juga rabun silau ni sebab mata sensitif pada cahaya... Bahaya kalau nak memandu malam dan hampir senja. Tapi kalau biarkan makin teruk pula... Jadi setakat ni amalkan je petua yang ada.

4Ulasan

  1. Saya hadapi masalah yang sama ni. Masa dalam pantang memang suka membaca dan main handphone. Kerja pun banyak menghadap komputer. Last2 pergi buat spek. Rabun tak tinggi pun tapi silau tu.

    BalasPadam
  2. petua guna daun sireh tu mcm menari, sy pun mengalami masalah silau ni..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian. Saya pun rabun silau yg agak tinggi.Pagi tadi terasa sangat sewaktu drive.

    BalasPadam
  4. Tq MF atas perkongsian..Alhamdulillah mata ni masih dlm keadaan baik..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ