4 Cara Mudah Buat Serbuk Roti Sendiri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

4 Cara Buat Serbuk Roti Sendiri | Ada dua plastik roti Gardenia tak termakan.. petang ni cadangnya nak buat projek roti la Ni... Selain buat biskut jejari jelup coklat ... Terfikir nak buat serbuk roti sebagai simpanan... Mana tau boleh guna untuk goreng apa-apa nanti..boleh salut dengan serbuk roti tu... 


Mencari idea untuk membuat serbuk roti sendiri menggunakan roti Gardenia yang ada... Sini MF kongsikan 4 cara mudah untuk buat serbuk roti sendiri...

Sumber: Google images



1 - Oven atau Pembakar Roti

Bakar roti dalam oven atau Pembakar Roti, kemudian ramas atau carikkan kasar. Kemudian blender Guna blender kering.

2 - Simpan dalam peti sejuk

Simpan roti dalam peti sejuk selama 3-4 hari. Setelah keras, hancurkan hingga menjadi serbuk. MF rasa cara ni kurang best Sebab confirm Lupa pada roti tu.. haha... Melainkan kena buh dalam bekas yang nampak atau transparen.


3 - Jemur

Cara lama... Tapi kurang praktikal sebab kalau jemur, confirm akan ada binatang yang datang NGAP nanti.

4 - Goreng tanpa minyak

Cara ni nak kata moden tak sangat..kuno sangat pun tak juga... Sebab goreng tanpa minyak alternatif bagi yang tiada oven dan pembakar roti. Mudah dan senang... Carikkan roti kecil-kecil dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga garing... Lepas tu kisar guna pengisar kering... Senangkan..


Anda boleh cuba saja yang mana rasa nak cuba dan rasa senang... MF rasa cara keempat paling senang... Sebab kalau guna cara 1, susah juga nak set suhu tu... Tapi kalau goreng senang...cuma kena rajin kacau... Apa pun semua cara diatas boleh digunakan untuk hasilkan serbuk roti tanpa susah payah nak beli... 

Selamat mencuba... 😊

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama