GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

DOSA MENIPU ANAK!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ADAKAH ISLAM MEMBOLEH KITA MENIPU KANAK-KANAK????

"Adik, tolong ambilkan air untuh abah..."

*Buat tak tahu sebab khusyuk tengok upin ipin..

"Kalau adik ambilkan, abah bagi adik coklat cadbury yang adik suka.." 

"Wahhh..adik dah lama tak makan coklat tu!"

Lalu anak kecil itu pergi ke dapur dan membawakan segelas air.

"Nah airnya, bak coklat adik..."

"Ahhh..lega tekak abah, coklat adik tu takde sekarang..nantilah kita beli ye."

"Alaaaa...ingatkan ada!" rungut anaknya sambil menarik muka tanda tidak puas hati. Dia kemudiannya kembali menonton televisyen. 
..........
BOLEHKAH KITA MENIPU ANAK?

Selalu situasi ini berlaku dan kita lakukan kepada anak kecil bukan? Kita menggunakan helah dan hadiah untuk menyuruh mereka melakukan sesuatu.

Perbuatan ini tiada salahnya, tapi tahukah anda jika anda tidak memberi apa yang anda katakan bermakna anda telah menipunya dan perbuatan menipu kanak-kanak termasuk salah satu dosa.

Ya, dosa yang orang ramai terlepas pandang . Yang selalu ibu bapa & orang dewasa lakukan.

Dalam hadith riwayat Abu Daud, Abdullah bin Amir pernah dipanggil oleh ibunya untuk diberikan sesuatu lalu Nabi bertanya kepada ibu Abdullah bin Amir apakah yang akan dia berikan kepada anak kecil itu..

Wanita itu menjawab kurma kemudian Baginda memberi peringatan, jika dia tidak memberikan kepada anaknya, maka dia dikira berdusta.

Dalam hadith riwayat Ahmad, baginda mengatakan:

من قال لصبي تعال هاك ثم لم يعطه فهي كذبة
"Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil 'Kesini, ambil ini' kemudian dia tidak memberikannya maka dia dikira berdusta.

Sebahagian orang menipu kanak-kanak kerana mereka biasanya tidak menuntut kembali janji itu sedangkan hakikatnya perbuatan ini meletakkan pelakunya dalam perbuatan menipu. [Al-Dhiya' al-Lami' min al-Khutab al-Jawami' 7/514]

Islam menyuruh agar menanam sifat jujur dan benar dalam diri kanak-kanak sehingga mereka menjadi sama seperti itu dan itu semua disampaikan melalui perbuatan dan percakapan. [Mausu'ah al-Akhlaq al-Islamiyyah 1/342]

Buat ibubapa dan sekalian orang dewasa, mari kita tanam dalam diri kita selepas ini:

• Menipu budak-budak sama seperti menipu orang dewasa.

•Janji dengan budak-budak perlu ditunaikan.

Wallahua'lam.
..........

Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir

Sumber: https://t.me/KemusykilanAgama

Jika nak berjanji dengan anak-anak wajib tepati... Tapi biasa kami suami isteri gunakan perkataan nanti... Sebab kat situ maknanya lepas sesuatu pertolongan tapi tak nyatakan bila... Biasanya tak pernah lagi tak tunaikan... Jika tak dapat tunaikan kami akan ceritakan kepada anak-anak sebab kenapa tak dapat nak tunaikan janji tersebut... Dan mungkin diganti dengan ganjaran yang lain... 

Hati-hati berjanji dengan anak-anak.. sebab otak mereka sentiasa ingat apa yang kita janjikan... Jangan sesekali mungkir walaupun mereka tak mengerti... 

4Ulasan

  1. setuju dgn ni. mcm adik bongsu sy. pantang dijanji mmg ditagihnya. huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Saya pun selalu terfikir ni tentang ni.. sebab selalu nampak ibu bapa janji macam2 kat anak. Tapi bila anak tu dah buat apa yang ibu bapa suruh dorang tak tunaikan janji..

    Sampai satu tahap anak dah tak percaya pada ibu bapa dan mungkin timbul perasaan benci.

    Perkara ni nampak remeh tapi boleh berikan impak negatif pada anak-anak dalam jangka masa panjang

    BalasPadam
  3. Jangan mulakan dgn menipu anak. Anak itu sendiri terbentuk dgn bagaimana kita mendidiknya. *sharing dari org bujang. Hehehe

    BalasPadam
  4. nauzubillah..kadang tak sedar kita mengajar anak memipu..thankz sharing kak

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ