بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
TANGKAI URI ATAUPUN TALI PUSAT MENENTUKAN BILANGAN MENGANDUNG??? | Viral satu artikel yang menceritakan cara-cara untuk mengetahui bilangan anak yang boleh dilahirkan dengan hanya melihat uri sahaja.
Dalam artikel tersebut ada menyatakan dengan melihat tangkai uri ataupun tali pusat dan membilang biji2 yang berada di atasnya akan dapat menentukan berapa kali kita boleh mengandung. Bukan itu sahaja bilangan biji tersebut akan berkurangan setiap kali mengandung.
Disini kami ingin menerangkan beberapa perkara:
1) Biji yang dilihat pada tangkai uri ataupun tali pusat bukanlah biji yang luar biasa. Ia merupakan saluran darah jenis vena
Tali pusat bayi mempunyai 3 salur darah iaitu:
● 2 saluran darah arteri yang membawa darah dari bayi ke uri (placenta). Salur darah arteri selalunya mempunyai kecil(diameter kecil) dan mempunyai dinding saluran darah yg tebal.
●1 saluran darah vena yg membawa darah daripada uri balik kepada bayi. Salur darah vena mempunyai diameter yang besar dan mempunyai dinding yang nipis. Oleh itu, darah yg berada di dalam saluran vena boleh dilihat pada tali pusat kerana dindingnya yang nipis. Inilah yg membentuk kelompok-kelompok biji yang terlihat seolah2 seperti berudu.
Dan bilangannya tidaklah bergantung pada berapa banyak anak yang akan dilahirkan. Tetapi ia bergantung kepada panjang tali pusat tersebut.
2) Telur ataupun istilah yg lebih tepat iaitu oocyte telah pun dihasilkan sebelum seseorang bayi perempuan itu lahir lagi.
Setelah ia lahir, lebih kurang 300 ribu oocyte berada di dalam ovari seseorang perempuan. Jumlah oocyte yg banyak ini bukanlah menunjukkan berapa banyak kali dia boleh mengandung.
Ini kerana setiap kali kitaran haid, 3 - 4 oocyte akan mengalami proses pematangan kepada oocyte sekunder. Dari beberapa oocyte yang menjalani proses pematangan tersebut, hanya satu sahaja yg akan berjaya menjadi oocyte sekunder dan dilepaskan kedalam rahim. Oocyte inilah yang akan berpeluang untuk bersenyawa dengan sperma. Kebarangkalian adalah rendah untuk menghasilkan lebih drpd 2 oocyte sekunder pada satu kitaran haid.
3) Kebolehan sesorang itu mengandung bergantung kepada banyak faktor. Sebagai contoh:
● Kedudukan ataupun posisi rahim.
●Keadaan tiub Fallopio
● Kehadiran penyakit gynaecology yg lain seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya
● Sejarah mempunyai kandungan di luar rahim
Lelaki jugak mempunyai pelbagai faktor yg menyebabkan perempuan tidak boleh mengandung. Sebagai contoh:
● Mati pucuk. Boleh disebabkan pelbagai perkara seperti merokok, kencing manis, darah tinggi, sesetengah ubat darah tinggi dan pelbagai lagi
● Ejakulasi pra-matang yg menyebabkan sperma tidak masuk ke dlm serviks
● Kualiti sperma yg rendah disebabkan merokok
● dsbnya
Kesimpulan di sini, saya ingin membuatkan semua pembaca faham yang kebolehan seseorang itu mengandung tidak terletak pada tali pusat anaknya.
Tetapi ia bergantung kepada pelbagai faktor yg mempengaruhi perkara tersebut.
Sekian

Gambar 1 |
Gambar 1: Post berkenaan
Gambar 2: anak panah itu menunjukkan biji 'berudu' yang diperbincangkan
Sumber: Root of Science
MF sendiri ada keluarga terdekat yang percaya bab macam ni... MF diam je tak mampu nak tegur.. Adoii.. Lemah iman rasa... Percaya sangat perkara tahyul dan khurafat macam ni...
Bagi MF ini satu ilmu... Nak tahu boleh tapi jangan terlalu percaya bab macam ni.. Boleh menggugat aqidah... Tolong hati-hati... Sikit pun jangan percaya....kalau anda sayang iman dan hati anda... Ianya memang takde kena mengena sebab itu semua kepercayaan orang tua dulu...
Anak itu rezeki dari Allah... Kita tak tahu apa akan berlaku masa depan kita... Jadi, jangan percaya perkara macam ni... Ini boleh dikatakan dan masuk kategori tilik juga la ni... Dan sesungguhnya orang yang menilik nasib akan di laknat Allah...
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa hina atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.
(HR at-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabir: 14770.
Dalam hadis yang lain Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
(HR Imam Ahmad di dalam Musnadnya: 9532).
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud::
Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.
(HR Abu Daud:3950; Ibn Majah:3726)
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam. (HR Sahih Muslim: 2230)
memang dulu-dulu ada dengar pasal ni..tapi masa anak2 tuari,tak ambil port pun pasal tu...cuma masa tanam uri tu doalah moga anak2 kita jadi orang yang baik..tu je..
BalasPadamTak pernah plak tau pasal benda ni..baru firat time baca
BalasPadamBARU first time baca pasal artikel viral tu,mcm2 cara betul org sekarang menilik masa dpn,,
BalasPadamTerima kasih pengkongsian MF pernah dengar org tua dulu2 ada kata begitu loni dah taw kebenaran
BalasPadam