div id='header-inner'>

Petua Merawat Kuku kaki dan tangan dengan Pokok Semalu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagi yang ada masalah kuku cekam atau kuku rapuh boleh cuba petua mudah ni... tak payah buh ubat mahal-mahal...

Buat aje petua ni...

○● Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak.

○● Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi, masuk kan kaki atau tangan dan rendam di dalam air rebusan itu.

○● Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' dek air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.

○● Gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) - biasa dialami mereka yang banyak 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan).

Sumber orang yg memberi petua ini juga adalah pengusaha warung yang setiap pagi memasak pelbagai hidangan untuk sarapan dan juga makan tengah hari dan melihatkan tangan (akibat banyak 'main air' dalam proses memasak) dan kakinya, tiada langsung kesan jenis kerja tersebut pada tangan dan kakinya (akibat berdiri hampir sepanjang hari - tiada langsung pecah tumit dan sebagainya!!) - She is a living proof! Petua di ataslah yang diamalkan olehnya selama berpuluh tahun lepas.

Credit info dari : Che Murad Abdullah

*******************

Bagus petua ni... mudah dan murah... rasa nak mencari juga pokok semalu ni... kat bandar payah nak dapat, kat kampung dipijak-pijak je...

Dan setahu MF pokok semalu juga boleh rawat tumit kaki pecah... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. iye? depan umah aida memang ada pokok semalu ni, maria.
    walaupun rumput sekangkang kera :) tapi ada la pokok ni menyinggah.
    jadik mainan ijat.
    yes. petua murah yg mudah.
    ternyata tiap ciptaan Allah tu ada faedah nya pada kita, kan?

    BalasPadam
  2. kali pertama saya dgr rawatan dgn pokok semalu ni... stp apa yang Allah cipta ada manfaatnyakan sis...

    BalasPadam
  3. OOo..baru tau pokok semalu ni ada kegunaannya huhu..inagt buat main tiup-tutup jek

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)