بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pilih untuk 'Respond' kepada Situasi Anak-anak Bukan 'React'
=============================================


1. Adik berhenti menangis sekarang! (Arahan mengejut)

--> Tukar ke: Adik nampak sangat sedih. Adik nak mak peluk? (atau Adik nampak sedih sangat, meh sini mak peluk)(Time In).
.

2. Kalau awak berdua tak berhenti bergaduh sekarang, Mama patah balik kereta ni. (Ugutan)

--> Tukar ke: Mama tak selesa dengar bising macam ni. Mama berhenti kereta sat, bila kereta ni dah senyap, Mama akan sambung memandu semula. (luahan asertif dan solusi)
.

3. Apa? Adik tumpahkan lagi air jus ni? (herdikan)
--> Tukar ke: Ok ow, air dah tumpah, jum ambil kain dan kita lap. (solusi)
.

4. Memang betul tak adil. Hidup ni tak adil. Adik kena biasakan diri dengan keadaan macam ni. (tertutup,pasrah)

--> Tukar ke: Mama tahu adik sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hidup ni adakalanya tak semua yang kita nak kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. (perspektif baru)
.

5. Dapat C lagi? Apa tak kena dengan awak ni ya? (Questionning)
--> Tukar ke: Nampak macam kakak ni susah sedikit dengan subjek Math. Ada apa-apa yang Mama boleh bantu kakak tak? (tawar bantuan)
.

6. Cukup-cukup dah lah tu...... adik ni asyik merengek/minta minta aja... (mengeluh)

--> Tukar ke: Boleh tolong gunakan suara rendah skit masa minta mama sesuatu? (beritahu option baru) (atau: Mama tak faham bila adik merengek macam tu, tak jelas. Boleh tak adik bagitahu Mama betul-betul, apa yang adik nak?) (option baru)
.

7. Mak dah tak tahan dah dengan adik ni. (keluhan dan pasrah tertutup)

--> Tukar ke: Mak rasa kecewa sekarang. Mak nak jalan kejap untuk tenangkan diri mak. Nanti dah tenang mak datang balik. (so anak tahu mak berlalu pergi semata untuk tenangkan diri bukan meminggirkan / abaikan dia) (option / kefahaman/ asertif)
.
.
Sumber:
Translasi dan edit oleh,
Maznah Ibrahim.


Nak betulkan yang sudah jadi kebiasaan ni satu cabaran... apa pun kenajuga ubah kan... sebab anak sekarang bukan kita zaman dulu... jadi pendekatan pun kena ubah juga... 

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Betul tu sis. Nak tukar benda yang dah jadi kebiasaan tu memang susah ya amat. Tapi slow2 practise. InshaAllah. May us be a better parent.

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama