بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Baru-baru ni taklimat hari pendaftaran pelajar Tingkatan 1, PK HEM ada ingatkan para pelajar amanat dari PPD dan JPN juga... minta cikgu-cikgu buat semakan tarikh lahir pada surat beranak semasa pelajar mendaftar.. Pertama untuk sahkan kewarganegaraan... Tapi yang paling untuk pastikan pelajar yang lahir 1 Januari sudah dilompatkan tahunnya.
Ini keistimewaan anak yang lahir 1 Januari sebenarnya dan memang ada pekeliling KPM tentang ini...





![]() |
sumber: mysumber |
Anak yang lahir 1 Januari dia akan naik satu tangga awal dari rakan yang lahir sama tahun dengannya.. Contoh.. Lahir tahun 1.1.2011, kalau ikutkan dia 6 tahun kan... tapi sebenarnya dia dah boleh masuk darjah 1 untuk tahun 2017. Bukan lagi pra-sekolah.
Inilah yang pihak sekolah menengah pun kena tengok.. kot kalau tak dilompatkan.. maka dia kena lompat la naik tingkatan 2 juga...
Jadi kena faham dan ambil perhatian bab ni..
Macam tu plak.Tak fair la rasa.Entah la...
BalasPadam